harapan seorang ibu

Labels:

Assalamu 'alaikunna!
Maafkan aku kerana ke mari mengacaumu lagi
Akan tetapi hati ini tidak tertahan lagi rasanya
Kerana
Sesungguhnya ku malu pada diriku lantaran kecuaianku
terhadap hak anak-anakku,
Aku tahu bahwa engkau pun memang sedia maklum
Hassan, Husein dan Muhsein adalah segala-galanya
bagiku
Kalau diikutkan cita-cita yang menggunung tingginya ini
Tentulah aku ingin dewasanya mereka menjadi
rijaluddeen
Menjadi muhyiddeen, mujahideen dan 'amileen Islam
tulen
Akan tetapi
Enam hari seminggu ku terpaksa berpisah dengan cahaya
mata
Bermain, belajar dengan pengasuh mereka.


Hasilnya?...
Si Hassan - sudah pandai mencarut-marut
Si Hussein - bijak benar memaki hamun, dan
Si Muhsein - gemar meludah dan menyepak terajang bila
marah!
Aduhai.
Apalah ertinya gajiku beribu-ribu
Anak-anak sendiri tidak sempat dididik ibu!

Jadi,
Siapa-siapa di antaramu yang ada masa
Marilah kita usaha tubuhkan TASKI atau TADIKA
Kita ajak sahabat lain bekerjasama
Masalah wang dan tempat amat remeh sangat rasanya,
kalau dibandingkan dengan tarbiyyah mereka.
Yang pentingnya
Suasana pembesaran anak-anak itu solehah sentiasa
Dan para pendidik mereka menunjukkan qudwah hasanah
pula
Dan biar putik-putik dan kuntum-kuntuk Iman itu
kembang mekar
Menghirup udara tarbawi yang bersih segar bugar di
raudah yang berpagar
Dari sebarang anasir yang mungkin merencat tarbiyyah
mereka sewaktu membesar.


0 comments:

Post a Comment