announcement

MY BLOG HAVE MOVED TO www.elysian.eruditez.com. FEEL FREE TO VISIT

Pengalaman photography

Labels: ,

assalamualaikum..

2 hari yang lepas saya telah mengikuti abang saya ke satu sesi teknik photografer yang ringkas. Alhamdulillah gain sikit pengalaman saya di sana tentang cara menggunakan aperture, shutter speed, iso dan cara-cara nak guna tripod. saya hanya guna canon .
kalau ada apa-apa yang masih kurang bolehlah perbetulkan

CLICK THE IMAGE TO ENLARGE IT







hampir kesemua menggunakan setting seperti berikut :

Aperture : 8 or 11 or 22
Shutter speed 15 second or 20 second
Iso :100

AidilAdha????

Labels: , ,



Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah masih lagi Allah bagi kekuatan kepada saya untuk update blog ni dan masih lagi bagi nyawa kepada kita untuk hidup hingga kini. Semenjak dua menjak ni saya sibuk sikit. Sebab tu x dapat update pada hari-hari yang lepas.

Hari ni merupakan hari yang sangat bermakna bagi kita umat islam semua kerana mempunyai sejarah yang dapat diambil pengajaran oleh kita semua. Seperti mana yang kita ketahui, Allah mengurniakan kepada kita dua hari untuk makan dan minum iaitu hari raya aidilfitri dan aidiladha. Sebab itulah kita umat islam dilarang untuk berpuasa pada hari-hari ini.

Sebelum saya cerita lebih lanjut, ingin saya timbulkan satu persoalan kepada diri kita semua, Apa agaknya sejarah yang berlaku ya pada hari yang penuh baroqah ini?
Alhamdulillah, baguslah kepada yang mungkin sudah mengetahui sejarah ini. Bagi yang tak tahu, tak mengapa, masih belum terlambat lagi untuk mengetahui. :)

Hari raya AidilAdha juga dikenali hari raya korban kerana hari tersebut merupakan hari untuk kita semua memperingati kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Allah Ismail memenuhi perintah Allah SWT sepertimana dalam firman-NYA yang bermaksud:

Maka anaknya itu telah sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengan nya). Nabi Ibrahim berkatakepada anaknya: wahai anak kesayanganku! sesungguhnya aku melihat dalam mimpi aku akan menyembelih mu, maka fikirlah apa pendapat Mu. Anaknya menjawab : wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu: insyaAllah Allah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar





Dalam melaksanakan perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyerahkan diri mereka kepada Allah dan dengan izin Allah, ketika Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya, Allah menggantikan anaknya itu dengan seekor kibasy.

Sehubungan dengan itu Allah telah merakamkan kisah tersebut melalui firmanNYA yang bermaksud :

Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah itu adalah ujian yang nyata. dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar, dan kami kekalkan baginya(nama yang harum ) dalam kalangan orang yang datang kemudian. (surah Al-saaffaat,ayat 104-108)


hurmm.. kalau nak diceritakan lagi mengenai hari raya AidilAdha ni, banyak lagi. mungkin sampai sini sahaja yang saya mampu kongsikan bersama rakan yang dikasihi. Pengajarannya yang kita perolehi ialah, kita mestilah menunaikan sesuatu perintah yang digariskan oleh Allah walaupun sesuatu itu kita anggap tidak baik tetapi Allah maha mengetahui hamba-hambanya. Ribuan maaf dipinta jika ada kesalahan ejaan atau isi. kalau ada tolong perbetulkan :).wallahualam..



Mengurus Kehidupan

Labels: , , ,

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari saya akan berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada murabbi (guru) saya nun di MATRI sana mengenai mengurus kehidupan kita. Mudah-mudahan menjadi panduan untuk diri dan para pembaca sekalian.

Persoalan yang pertama sekali yang saya ingin timbulkan ialah mengapakah kita tidak dapat merasai sesuatu nikmat? Mari kita berfikir sejenak. Salah satu sebab kita tidak dapat merasai sesuatu kenikmatan tersebut ialah kerana kita selalu melihatnya. contohnya bagi kita jika mempunyai emas kita akan merasai bangga dan seronok memakainya tetapi tidak bagi pelombong emas yang hampir setiap hari menggali dan melihat emas (sudah biasa).

samalah seperti masa. Seperti mana yang kita semua tahu, masa juga merupakan nikmat Allah yang dikurniakan kepada hambanya. Tetapi sayang, kita seringkali tidak dapat merasai betapa berharganya masa tersebut. Ada pepatah arab yang lebih tepat dari pepatah melayu mengenai masa mengatakan, 'al-waqtu kal hayah' yang bermaksud waktu adalah kehidupan. semakin banyak waktu kita buang, semakin sia-sia hidup kita kerana kehidupan ini tidak dapat kita beli walaupun dengan jutaan ringgit dan kita ulangi.




Wahai pembaca yang saya kasihi, Allah pinjamkan kepada kita kehidupan di dunia ini hanya seketika. Jadi gunalah masa yang masih ada ini untuk kita berubudiah (beribadah) dan insaflah atas kelalaian kita sebelum keinsafan itu tidak bernilai di hari pembalasan. nauzubillah..

Untuk mengurus diri kita, pertama sekali kita mestilah membezakan antara :

  • Harapan dan Khayalan
  • Impi dan Mimpi
  • Cita-cita dan angan-angan

persoalan yang kedua kita perlu tanya pada diri kita agar diri kita terurus ialah
  1. Apakah yang kita cita-citakan?
  2. Berapa lama kita hendak kecapi cita-cita tersebut?
  3. Apakah jalan yang perlu kita tempuhi untuk mencapai cita-cita tersebut?
  4. Apakah pengorbanan yang perlu kita buat?
Seperti yang pernah saya nyatakan pada post-post yang lepas, kita perlu bina matlamat yang jelas dalam hidup kita. Kalau kita tidak ada matlamat dalam hidup ini, kita akan mudah putus asa dan tention. Perumpamaan bagi orang yang tidak ada matlamat ialah mati sebelum mati atau hidup tanpa erti.

Dengan adanya matlamat hidup, kita akan mementingkan perkara-perkara yang utama sahaja . Maksud perkara utama ialah perkara yang boleh mendekatkan diri kita dengan matlamat yang telah kita gariskan.

InsyaAllah mungkin itu sahaja sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan dan semoga diri ini dan sahabat-sahabat lain dapat meneliti diri kita satu persatu agar hidup ini tidak sia-sia. Hidup tanpa CITA-CITA adalah MATI, cita-cita tanpa USAHA adalah MIMPI, usaha tampa PERANCANGAN RAPI hanyalah ILLUSI yang basi.. wallahualam..

Kenangan KMK 12 zon Utara

Assalamualaikum..

Alhamdulillah , kita bertemu lagi. Insyallah hari ini saya akan membuat sedikit review tentang KMK 12 (Kem Minda Kreatif) bagi zon utara yang telah diadakan di Pulakopp pulau pinang. Kem ini telah dianjurkan oleh Haluan Malaysia dan disertai pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 4 . Sebenarnya saya agak cemburu kerana sudah 12 kali saya tidak dapat menghadiri kem ini. Cemburu dengan rakan-rakan sepejuangan yang sudah mempunyai banyak pengalaman yang manis disana. Hurmm.. Tak apalah. Mungkin Insyallah nanti saya akan dapat kesana jua. Amin




Bagi saya kem seperti ini tidak sama dengan kem yang pernah yang saya sertai seperti Kem Bomba Kebangsaan 2008, Kem usahawan Muda dan sebagainya. Kem seperti ini banyak mengajar kita tentang ajaran Islam yang syumul (menyeluruh). Disamping itu, banyak praktikal yang diajar dan dilatih di sini.

Dari al-Barraa' bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:

"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah."

(HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)


Antara objektif kem ini ialah penerapan nilai ukhwah antara satu sama lain, persaudaraan Islam, melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis, kepentingan dakwah dan tarbiyah, mewujudkan kerjasama dan kepimpinan serta kesatuan hati dalam memikul tanggungjawab yang Allah berikan kepada kita. MasyaAllah ruginya saya tidak dapat sertai.. hurmm.. Mesti banyak sahabat-sahabat di sanakan.







Menghirup udara segar

Labels: , ,

Assalamualaikum...


Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana menemukan lagi kita pada post yang seterusnya. Alhamdulillah..Selawat dan dalam tidak kita lupa juga kepada junjungan besar Rasalullah SAW kerana dengan perjuangan baginda serta sahabat-sahabat, dapat lagi kita pada hari ini menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.



Mari kita berfikir sejenak, betapa ramai manusia di dunia ini mendapat nikmat islam tetapi tidak mendapat nikmat iman itu sendiri. Maksud saya disini ialah ramai manusia yang mengaku dirinya islam kerana keturunannya yang sediakala sebagai seorang muslim tetapi tidak ramai yang meletakkan dirinya sebagai hamba Allah yang beriman. Allah ada berfirman ; ' Tidak aku jadikan jin dan manusia hanyasanya untuk berubudiah kepada ku (Allah)'. Setiap amalan kita dalam kehidupan ini mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah. Barulah setiap amalan tersebut dikira sebagai ibadah. sesetengah orang menyatakan ibadah hanyalah solah, puasa, zakat, zikir dan sebagainya. Tidak wahai pembaca yang saya sayangi, ibadah bukan hanya dalam skop tersebut sahaja tetapi semua perbuatan kita boleh dijadikan ibadah contohnya seperti bernafas, bermain, makan, minum dan yang lain. Yang penting sepertimana yang saya terangkan diatas, kita lakukan semua ibadah kerana Allah atau dalam erti kata lain ialah IKHLAS

Wahai pembaca yang saya kasihi kerana Allah, terdapat ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadikan sesuatu amalan itu diterima oleh Allah. Ciri-cirinya ialah lakukan ikhlas kerana Allah, tidak melanggar syara' dan memberi manfaat. Memberi manfaat bermaksud sesuatu pekerjaan itu dapat menguntungkan Islam dan orang lain. Tidak melakukan pekerjaan itu hanya untuk bersuka-suka sahaja.

Insyallah, sedikit sebanyak peringatan dan ilmu yang saya kongsikan untuk pembaca-pembaca sekalian dan sebagai muhasabah kepada diri saya sendiri. Mudah-mudahan Allah merahmati perkongsian kita.. Jika ada sebarang pertanyaan dan perkongsian bolehlah meninggalkannya di ruangan komen... wallahualam..

Terpesona ku dibuatnya

Labels: ,

Assalamualaikum .. Atas permintaan seseorang, kali ini saya akan post mengenai suatu kejadian yang mungkin di antara kita tidak tahu atau mungkin juga sudah mengetahui. Saya sudah mengetahui perkara ini sejak 3 tahun lepas tetapi terlupa untuk berkongsi. Tak mengapa, kali ini saya akan membongkar suatu peristiwa yang membuktikan kekuasaan Allah Taala. Subhanallah.. sungguh mengkagumkan.. Mudah-mudahan Allah tiupkan kesedaran kepada kita betapa hebatnya Allah. Kajian telah di buat oleh Dr. Masaru Emoto dari Universitas Yokohama dengan tajuk bukunya " The Hidden Message in Water".. Beliau telah membuat kajian keatas molekul air. Dari hasil kajian saintifik beliau, telah dibuktikan oleh pakar air dari Jepun ini bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk.

Dengan kekuasaan Allah, susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air dan ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti kristal yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. mari kita sama-sama lihat ilustrasi molekul air tersebut...

Bentuk molekul apabila dibisikkan perkataan yang baik



Apabila dibacakan doa, molekul tersebut cantik



Apabila muzik symphony mozart dimainkan, ia menjadi seperti bunga



Inilah hasilnya apabila kita membisikkan suatu perkataan yang buruk



Molekul air menjadi hancur apabila didengarkan muzik heavy metal



Kajian dilanjutkan lagi dengan menggunakan air zam-zam. Bentuk dan rupanya kelihatan lebih cantik dan susunan yang menyerupai berlian yang bersegi-segi, bersinar-sinar serta mempunyai warna yang melebihi 12 warna apa bila dibacakan ayat Allah.. subhanallah




Jadi apa yang dapat saya simpulkan disini ialah tubuh badan kita hampir 90% terdiri daripada air dan cecair yang lain. Samalah seperti molekul-molekul air tersebut. Apabila dibacakan ayat Al-Quran, tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat lagi keji dan sebagainya, InsyaAllah saya percaya diri kita akan menjadi yang terbaik. Begitulah sebaliknya... fikir-fikirkanlah wahai pembaca-pembaca yang saya kasihi kerana Allah SWT dan diri saya sendiri... mungkin ada sedikit sebanyak penambahan daripada sahabat-sahabat, silakan...wallahualam
assalamualaikum

Mencari spirit yang hilang

Labels: , ,

Assalamualaikum..

saya ingin berkongsi sedikit movie yang agak menarik perhatian saya. movie ini mengisahkan hidup seorang pendakwah yang menyebarkan dakwah islamiyah di tanah Indonesia. Mari kita lihat bagaimana kehidupan seseorang yang meletakkan matlamat hidupnya hanyasanya kerana Allah SWT.

Hidupnya serdahana walaupun mempunyai jawatan yang agak tinggi dalam negara. Beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab mendidik isteri dan anak-anaknya . Sebelum Beliau pergi keluar rumah untuk menyebarkan dakwah dan mencari nafkah , beliau akan menyediakan setiap keperluan dan makanan untuk anak-anaknya dan isterinya. Inilah keindahan kehidupan seorang yang jelas matlamatnya. Amat bahagialah seorang isteri jika mempunyai suami seperti ini. Subhanallah.. Anda tidak mengidam-idamkan suami seperti ini? Tidak mengapa, simpanlah jawapan tersebut dan mohonlah kepada Allah, pencipta kita.

Bagi sahabat-sahabat pula, tidakkah ciri-ciri yang ada pada isteri beliau menjadi garis panduan untuk kita memilih teman kita? Bukan mengapa, bak kata seorang senior di sekolah dulu iaitu Abg Hilal, kita harus meletakkan ciri-ciri bakal pasangan hidup kita. Biarlah kita berangan-angan kerana kitalah yang menentukan masa depan kita. Dengan mempunyai perancangan dari awal, diri kita akan menjadi lebih teratur.

Semoga terhibur dengan triler yang saya paparkan. Untuk melihat lebih banyak mengenai movie ini, silalah ke you tube. =D. Tajuk cerita ini adalah sang murabbi


Hari-hari dalam hidupku

Labels: , ,

Assalamualaikum semua..

Bersua kita kembali.. Alhamdulillah seperti biasa kita haruslah merafa'kan rasa kesyukuran kita kehadrat Allah kerana banyak nikmat-nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua. Nikmat yang telah Allah hadiahkan terlalu banyak bilangannya. Jika kita tebang semua pokok di dunia ini untuk dijadikan pen dan 7 buah luatan untuk dijadikan dakwat sekalipun kita masih tidak habis menyenaraikan semua nikmat yang kita dapat pada hari ini. Bayangkan dengan sebiji mata sahaja terdapat beribu-ribu atau berjuata nikmatnya. MasyaAllah sungguh baikkan Allah kepada kita memberikan nikmatnya secara percuma. Free of charge bak kata orang inggeris.. Allah tidak berharap apa-apa dari manusia tetapi kitalah yang berharap daripada Allah yang esa. Malah Allah membeli orang mukmin itu dengan syurganya. Semoga Allah menempatkan kita semua termasuk dalam golongan tersebut. Aminn..

Hari ini saya telah menghadirkan diri ke kelas tusyen fizik yang terakhir dan Alhamdulil-lah sedikit banyak input yang saya perolehi mengenai tajuk-tajuk tingkatan 5. Ia merupakan salah satu langkah persiapan sebelum menjejak kaki ke alam SPM tahun depan. Bila terpikirkan SPM, hati saya tiba-tiba terasa takut dan saya bertanya kepada diri , "mampukah aku menghadapi peperiksaan ini. persediaan ku belum lagi sempurna dan mantap.. takutnya!!! >.< ". huhu... tetapi bila difikir-fikirkan kembali untuk apakah aku menuntut ilmu. Adakah sekadar untuk menduduki SPM semata-mata. Sebagai muhasabah diri terutamanya kepada diri ini dan dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, tujuan belajar sepatutnya kita letakkan hanya kerana Allah sahaja. Ini kerana Allah mewajibkan diri kita untuk menuntut ilmu. seperti yang saya pernah nyatakan dalam post yang sebelumnya, barangsiapa yang menempuhi sesuatu jalan yang mana di jalan tersebut terdapat ilmu, maka Allah akan permudahkan jalan baginya ke syurga. Selain itu terdapat juga hadis Rasulullah SAW ," tolabul ilmi faridatun 'ala kulli muslim" yang membawa maksud menuntut ilmu adalah wajib bagi seseorang mukmin. Maksudnya disini, jika kita mengaku diri kita sebagai seorang hamba Allah yang beriman, sewajibnya bagi kita untuk menuntut pelbagai ilmu selagi mana ilmu itu tidak melanggar syara'. Salah satu sebab kita tension untuk belajar adalah niat kita tidak betul. Jadi sama-sama kita perbetulkanlah niat kita.


Pada pukul 1.15 petang saya diberi masa untuk berehat selama 15 minit. saya mengambil kesempatan ini untuk menunaikan solah zohor. Di kawasan ini tidak mempunyai surau setahu saya , jadi saya mengambil inisiatif untuk solah di bilik tusyen yang kosong. Setelah selesai menunaikan kewajipan, kelas tusyen pon bermula untuk sesi yang kedua. saya suka style cikgu tersebut mengajar. Dia merupakan seorang elektrikal engineering yang sangat berpengalaman. Menjadi seorang pendidik 'part time' di pusat tersebut. Hampir 95% student dalam kelas saya adalah dari bangsa cina dan guru tersebut pun cina. Style dia mengajar sangat unik sehinggakan 5 jam berada didalam kelas dia tidak berasa letih malah faham dan seronok. Tetapi satu perkara yang saya agak tidak suka iaitu dia selalu menyentuh bab-bab agama dan menyatakan bahawa orang-orang yahudi semuanya bijak-bijak. Dia sangat respect dengan orang yahudi kerana orang yahudi di israel mengajar anak-anak mereka untuk tidak mempercayai sesiapa hatta ibu bapa mereka sendiri. Bagi saya ini telah melanggar syariat islam yang menyuruh kita hormat kepada orang tua dan ibu bapa kita. Tanpa ibu bapa siapalah kita. Memang yahudi adalah bangsa yang dilaknati Allah kerana tidak mendengar perintah Allah dan bongkak dengan nikmat yang diberikan. nauzubillah....


Kelas tusyen tamat pada pukul 5 petang. saya terpaksa menempuh hujan untuk mendapatkan van untuk pulang ke rumah. Mungkin di semenanjung tidak ada van sapu yang beroperasi sama seperti bas tetapi di sarawak, itulah realitinya. heheh.. You have to spend time visit sarawak. It quite interesting place to travel... Itu saja untuk kali ini.. semoga terhibur dan mendapat sedikit manfaat tentang apa yang saya lalui pada hari yang mulia ini. Salah dan silap harap ada orang perbetulkan dan minta maaf jikalau terkasar dan tersilap bahasa. May Allah bless you my dear reader.. wallahualam. assalamualaikum...

Buah yang terdapat di sarawak... Buah tampoi.sedap >.<. hehe

Cool Icon set

Labels: ,

Assalamualaikum.. hey guys..
i've something to share with . Especially ubuntu user. Other OS is allow too if they want. I found a quite cool icon for your desktop. For them who love to decorate their desktop, it will be a valuable things.



To download it, please Click HERE




DOWNLOAD

Hiburan dan Kelapangan

Labels: , ,

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana masih lagi mengurniakan kita oksigen, tenaga dan sebagainya untuk kita terus hidup di alam yang fana ini. Mungkin sebagai peluang bagi kita untuk menambah lagi bekalan amalan kita untuk dibawa ke akhirat sana dan mungkin juga sebagai satu balasan untuk kita terus membuat kemungkaran. nauzubillah..Harap-harap kita dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak disukai Allah..

Allah bersabda dalam surah Fujerat ayat 10 iaitu, "sesungguhnya orang muslim itu bersaudara..........sehingga akhir ayat".. Syukur kepadanya kerana kerana NYA kita bertemu dan kerana NYA jualah kita berpisah. Mudah-mudahan persahabat ini menjadi satu bukti untuk kita mendapat syafaat Allah di akhirat kelak. amin...

Insyallah kali ni saya nak share dengan sahabat-sahabat dan para pembaca yang dikasihi sekalian mengenai PERKARA YANG BOLEH MEMBERI HIBURAN DAN KELAPANGAN bagi seorang muslim yang beriman. Seperti mana yang kita ketahui, masyarakat dinihari mencari-cari dan memerlukan pertolongan untuk membuatkan hidup mereka lebih tenang dan bahagia.

Ingatlah wahai sahabat-sahabat yang dikasihi Allah dan tidak juga diri yang hina ini bahawa faktor pertama untuk kita kecapi ketenangan dan kebahagiaan ialah dengan IMAN .Imanlah yang memberi keseronokan, kelapangan, dan ketenangan dalam diri kita. sekiranya dalam diri kita tidak dihiasi dengan keimanan kepada Allah, maka jahiliahlah yang akan mengisi kekosongan tersebut seperti mana perumpamaan yang pernah saya temui dalam novel tautan hati karya fatimah syarha iaitu sebuah gelas jika kita tidak diisinya dengan air, maka molekul-molekul lain akan memasuki dan mengisi ruangan tersebut. Begitulah juga kehidupan kita, jika tidak diisi dengan keimanan kepada Allah maka karat-karat jahiliyah akan merasuki diri kita dan membawa kita kepada perkara mungkar yang menjauhkan diri kita kepada Allah SWT.nauzubillah...
Tanda-tanda kelazatan iman ialah kita mengasihi Allah dan Rasul. Oleh itu, kita akan mengajak kepada perkara yang makruf , mencegah kemungkaran dan bertaqwa kepada Allah.

Faktor yang kedua ialah diri kita mestilah diisi dengan ilmu-ilmu. Dengan adanya ilmu di dada maka kita akan lebih mengenali Allah. Rasulullah pernah bersabda,

"man salaka torikan yal tamisu fi ilman, sahalallahulahu ilal jannah"

maksud hadis diatas adalah ," barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan yang mana terdapat ilmu di jalan itu , maka Allah akan permudahkannya jalan ke syurga"..
masyallah.. Alangkah indahnya jika kita tergolong dalam golongan tersebut. Ilmu juga bukan sebarang ilmu tetapi hanyalah ilmu yang diwarisi oleh rasulullah yang tidak akan mensyirikkan Allah. Orang yang mempunyai ilmu merupakan orang yang paling tenang walaupun dia di penjara. Tamsilnya imam-iman dan ulama-ulama yang tenang ketika berada didalam penjara orang kafir. selain itu orang yang mempunyai ilmu juga mempunyai akhlaq yang paling baik..

faktor yang ketiga yang boleh memberi hiburan dan kelapangan dalam diri ialah MUROQOBATULLAH iaitu merasakan diri selalu diperhati oleh Allah swt. Dengan ini seseorang itu akan berasa nikmat di dalam ibadat yang dia lakukan. melakukan ibadat dengan penuh tumpuan dan khusyuk. Semakin kita dekat dengan Allah, Allah akan beribu ribu kali dekat dengan kita. subhanallah..

Insyallah mungkin itu saja perkongsian yang saya dapat tonjolkan untuk sama-sama kita dapat manfaat daripadanya. Sebenarnya terdapat banyak lagi faktor yang boleh membuatkan diri kita terhibur dan terasa tenang tetapi setakat itu saja pengisian atau input saya dapat daripada usrah pada malam ini.wallahualam...

I'm Afraid To Read

Labels: ,

Insyallah just want to share with you my dear reader. A song sang by Dawud wharnsby Ali gives me a strenght to survive in my daily life. Alhamdulillah, may this nasyid also gives you a thousand of benefits.. feel and enjoy it!!..


Afraid To Read
Album :The prophet's hands
Munsyid : Dawud Wharnsby Ali

How many words she?s read before, she?s consumed two thousand books or more.
Musty pulp and glue soundproof her tiny room.
She cannot understand why this book in her hand
fascinates her now so much that she?s almost shy to touch.
?Don?t think about the words it?s just a book - paper and ink?
She reaffirms, remind herself, ?a book can?t dictate what to think.?
It invites, intrigues her more than others on her shelf
?Is it just another book?? - she sits questioning herself.

Oh Allah, she?s so afraid to read,
the wisdom that?s revealed may burrow in her mind
She?ll be obliged to admit,
She?ll be obliged to submit
But will she be strong enough to live the truth she finds?
Oh Allah, she?s so afraid to read.

The hall light is always on every night that he is gone.
He hears his mother toss in bed when he slips in at dawn.
In the book case by the stair, he can see it sitting there
like a waiting watchful wise-man scolding him with care.
In the morning will they fight about him being out all night?
Will he resent their gift of love and not admit that they are right?
All he wants is to fit in some place, but must he compromise his faith?
He can?t look himself or his parents in the face.
He takes the book upstairs unread and sets it closed next to his head
then counts the prayers he?s missed and lays so hopelessly in bed.

Oh Allah, he?s so afraid to read,
the wisdom that?s revealed may burrow in his mind
He?ll be obliged to admit,
He?ll be obliged to submit
But will he be strong enough to live the truth he finds?
Oh Allah, he?s so afraid to read.

I sent an email to my loved one, just the other day
It?s sad communication has evolved this way.
We use so many words but have so little to relay
as angels scribble down every letter that we say.
All the viral attachments sent and passionate insults we vent
It?s easy to be arrogant behind user passwords we invent.
But on the day the scrolls are laid, with every word and deed displayed,
when we read our accounts, I know, for one, I?ll be afraid.

That day I?ll be so afraid to read,
every harsh word that I?ve spoken - and every time I have lied.
I?ll be obliged to admit,
I?ll be obliged to submit
Will I have strength owning up to each deed I?ve tried to hide?
Oh Allah, I?m so afraid to read.

Penatnya...

Labels: , , ,

Assalamualaikum...
Alhamdulillah akhirnya terupdate juga blog ni. hurmm.. hari ini agak penat sebab banyak perkara yang dilakukan. Hari ini ada 2 kelas tusyen. pagi tadi start pukul 9 hingga pukil 12 untuk tusyen Chemistry. Satu lagi pukul 2 hingga 5 petang untuk Addmath. sebaik sahaja saya menamatkan sesi kelas tusyen yang pertama, saya bergegas pergi ke masjid yang terdekat ( tak ada pon masjid yang dekat situ) dengan menaiki ven sewa yang mengenakan charge sebanyak RM1. hehe.. Alhamdulillah penyampaian dan pengisian yang diberi oleh khatib agak meransang minda para pendengar dengan caranya yang spontan dan tegas.Tajuk yang diberikan ialah mengenai anak-anak remaja pada masa kini. Alhamdulillah sebagai peringatan kepada diri saya yang lemah ini.

Banyak perkara yang Khatib itu sentuh tentang remaja kerana remaja dinihari semakin lama semakin terpengaruh dengan budaya- budaya yang dibawa oleh barat atau juga lebih dikenali budaya kuning. Remaja sekarang terlalu banyak leka dengan dunia hingga lupa akan Allah yang esa. Sabda Rasulullah SWT , " sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, maka dia bukan dari kalangan ummatku" auqomaqol Rasulullah SWT.

Ingatlah wahai pembaca-pembaca yang dikasihi dan tidak lupa juga kepada diri ini, syafaat Rasulullah adalah sangat penting bagi diri kita ini untuk kita mencapai kemerdekaan yang hakiki di akhirat kelak iaitu dengan memasuki syurga Allah. Tanpa syafaat Rasulullah mana mungkin kita mendapat balasan yang sangat baik di sana nanti.

Tidak lupa juga bahawa orang yahudi dan nasrani ini tidak akan pernah ridha dengan kita selagi mana kita tidak mengikuti jejak langkah mereka. Berhati-hatilah wahai sahabat sekalian kerana di mana-mana sahaja terdapat racun yang dibuat dan dipasang oleh mereka untuk menjerat kita agar terjerumus dalam kancah kemaksiatan dan kerosakan. Mereka akan berusaha sedaya- upaya untuk menarik kita agar islam tidak lagi tertegak dalam diri kita. Sekiranya tiada lagi islam dalam diri manusia, maka binasalah seluruhnya. Wahai sidang pembaca yang saya sayangi kerana Allah, janganlah biarkan dirimu terlanjur untuk terpesong dari jalan menuju syurga Allah iaitu jalan untuk mendapat keridhaannya. Allah pernah berfirman, " Islam itu tinggi dan tidak ada lagi yang lebih tinggi daripadanya". Itulah antara isi-isi khutbah yang saya dapat dari Solah jumaat pada hari ini. Mungkin ada kekurangan atau terlebih , harap dimaafkan.

Sejurus selepas selesai berdoa di masjid itu, saya mengambil ven ke tempat tusyen semula kerana kelas matematik tambahan akan bermula pada pukul 2 petang. Masih ada 30 minit lagi sebelum kelas bermula. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengisi perut yang sudah lapar. tidak ada kedai yang terdekat untuk saya nikmati makanan halal. Yang ada hanyalah KFC. Jadi saya pun bergegas ke sana dan mengambil sekadar yang mampu.



kelas pun bermula pada pukul 2.05 petang. pelajar yang mengambil mata pelajaran matematik tambahan ini tidak lah begitu ramai . Lebih kurang 7 orang termasuk saya. Hanya saya seorang sahaja yang melayu dan islam yang lain semua cina dan bidayuh atau iban. saya pun tidak taaruf (berkenalan) dengan lebih mendalam tetapi saya hanya mengenali seorang sahaja. Kami berdua mempunya minat yang sama. hehe.. apa lagi, bersoal jawab laa.. hehe..



Saya tamat tusyen dan tiba di rumah lebih kurang dalam pukul 5.45 pm. Memandangkan keadaan persekitaran baru sahaja berhenti hujan, saya pun ambik la kesempatan untuk melihat ciptaan Allah dengan mengambil gambar.. hehe





Petang tadi tiba- tiba internet tak boleh connect. saya pun mengambil kesempatan mempraktikkan kemahiran photoshop yang ada dengan membuat sedikit design baju untuk malakat92. Mungkin terdapat kelemahan-kelemahan yang saya terlepas pandang. Harap dapat memberi teguran. Ini sedikit design yang saya sempat buat.. komen lah

First


Second


Third



Massage terakhir yang saya dapat pada malam ni dari celcom blue untuk sama-sama kita kongsi..
Rasulullah SAW bersabda: perkara yang pertama sekali akan diadili dari kalangan manusia pada hari kiamat kelak ialah perkara yang berkaitan dengan darah.
jadi itu saja yang saya dapat kongsi kali ini. Ampun dan maaf kalau ada salah silap..
assalamualaikum

Fedora 10 telah Dilancarkan

Labels: ,


Berita terbaru kepada pengguna linux terutamanya pengguna distro fedora. Fedora 10 yang juga dikenali fedora cambridge ini baru sahaja dilepaskan semalam dengan jayanya setelah 6 bulan penat menunggu. Peningkatan yang terbaru dalam 'operating system'(OS) ini ialah dari segi penggunaan 'web cam' yang popular, memperkenalkan driver wireless iaitu 'Atheros ath9k wireless', dan pelayar (web browser) mozilla firefox yang terkini. Mesti tersenyum labarkan pengguna fedora 10 ini apabila mendapati 'OS' mereka lebih stabil dan mempunyai peningkatan yang agak menggembirakan.

Tidak lupa juga Fedora 10 ini memberikan pilihan kepada kita sewaktu 'installation' samada kita hendak meng-install Gnome 2.24 atau KDE 4.1 iaitu versi terkini 'desktop environment' didalam linux. Dengan ini desktop anda akan dilengkapi versi terbaru samada Gnome atau KDE yang membuatkan desktop anda kelihatan lebih menarik setelah diubahsuai.

Mungkin ada dalam kalangan kita masih buntu dengan pemikiran lama yang tidak mengetahui apakah itu linux. linux adalah sebuah Operating system yang terbuka sumbernya (open source). Ia membolehkan kita untuk mengubahsuai 'os' dengan cara kita yang tersendiri yang diidam-idamkan. Mungkin juga bagi sesetengah mereka risau jikalau beralih kepada linux tidak terdapat perisian-perisian yang penting dalam hidup seharian seperti photoshop, yahoo massenger , windows media player dan sebagainya. Anda tidak perlu bimbang kerana di dalam linux juga terdapat perisian-perisian yang setaraf seperti Gimp , pidgin (macam ym) dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perisian ini sila lah pergi ke laman web ini.



Saya tetap menggunakan ubuntu yang terkini iaitu interpid ibex 8.10 sebagai 'os' saya yang kedua. Saya telah meng-install-kannya didalam windows. Sepanjang saya menggunakan linux ini, banyak perkara baru yang saya pelajari dan melihat betapa hebatnya sistem yang ada padanya. sungguh mengkagumkan..

Hari Ini

Labels: ,

Assalamualaikum..
insyallah saya nak update laa blog ni.
Hari ni Alhamdulillah saya bangun agak awal dari hari-hari biasa. Dapat jugak berjemaah di surau berdekatan. Pagi tadi seperti biasa selepas selesai menunaikan solah subuh saya pulang ke rumah. Rumah terasa sunyi kerana ibu dan bapa saya pergi haji. Lama dah tidak bertemu mereka.. hurmmm. tak mengapa, hidup mesti diteruskan. hehe
saya bersarapan dengan roti, kacang panggang (kegemaran saya) dan telur dada. Semuanya own made je.

selepas selesai makan, saya memeriksa jadual harian. Hari ini saya mesti menyelesaikan setiap satu sub topik matapelajaran Biology, Addmath dan sejarah. Tapi malangnya setelah selesai saya membuat addmath, sebaik sahaja saya membuka buku sejarah, mata pun apa lagi,mahu tidurlah. Saya tertidur agak lama juga. hurmm letih agaknya..

Waktu zohor disini masuk pada pukul 12 lebih, jadi sebaik sahaja saya bangun dari tidur, saya terus melakukan kewajipan saya sebelum saya menghadap komputer yang disayangi ini. heheh.. buka sahaja YM tup2,ada orang meminta jasa baik saya untuk tolong membuat header blog makciknya.. beberapa kali saya menukar template lain kerana template defult agak tidak menarik untuk header-nya ditukar. Alhamdulillah dapat juga saya menyiapkannya.




Alhamdulillah juga hari ini saya dikurniakan adik baru.. hehehe >.<.. tak mengapa. tak payah tau pun tak pe sapa adik baru tu. Maghrib dan isyak tadi dapat juga saya berjemaah d surau tp agak mengecewakan kerana surau di kampung ku ini x mendapat sambutan sangat. tak apa, mungkin ada hikmah disebaliknya kan..mungkin tu saja kot post saya kali ni. saja nak share-share rutin harian saya.. hehe .. wallahhualam..
assalamualaikum

KMK 12

Labels: ,



Dah yang ke 12 da?? Hurm.. tiap-tiap tahun diri ini berhajat untuk ke program yang dianjurkan pada musim cuti sekolah.. diriku acap kali terlepas peluang yang amat bermanfaat ini. Mungkin ada kebaikan disebalik kejadian ini. Tak mengapa, Allah akan memberikan sesuatu yang tidak ku jangka nanti, Insyallah..

Mungkin saya boleh berkongsi dengan sahabat-sahabat saya tentang kem ni. Kem seperti ini banyak mendedahkan kepada kita akan pendidikan islam secara praktikal. Bagi saya , saya amat berminat dengan kem seperti ini tapi masih belum ada peluang. Disana juga kita akan lebih mengenali ramai kawan- kawan baru yang tidak pernah kita temui. Bak kata pepatah "berkawan biar seribukan".. x pa lah.. hehe atleast dapat tengok brochure nii pun cukup.. kepada siapa-siapa yang berminat bolehlah nanti kita pergi bersama-sama k.. hehe..

Tips Untuk Membuatkan Calander Berfungsi..

Assalamualalaikum
Alhamdulillah setelah berusaha sedikit untuk menambah pengetahuan tentang blog template ni, insyaAllah hari ni saya nak share skit cara nak configure calander (lebih dikenali post archive) yang menggunakan java script agar ianya berfungsi di dalam template yang baru kita install pada blog kita ini. Jenis calander yang kita akan configure adalah seperti yang saya pamerkan dalam gambar di bawah.



Kepada pengguna-pengguna blog template seperti saya ini atau sama waktu dengannya, anda akan dapat melihat pada calander anda tertulis 'undefined'. Sebenarnya amat mudah untuk menyelesaikan masalah ini. Saya agak tergelak kecil apabila berjaya menyelesaikan masalah ini. Cara-caranya adalah seperti berikut :

Dashboard > Settings > Formatting > Timestamp Format.

(seperti pada gambar rajah di bawah)



pastikan anda setkan timestamp tersebut kepada format ini > Wednesday, November 26,2008

sekarang anda boleh 'view' blog anda dan anda akan melihat calander tersebut berfungsi dengan gemilangnya.. hehe.Itu saja... Insyallah senangkan. Jika terdapat cacat cela atau kekurangan atau pertanyaan sila tinggalkan komen anda.

Pesanan buat sahabat Tersayang

Labels: ,


Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."


"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah. .." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan.. .", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya" , jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)

Air mata seorang naqib

Labels:

Kita sama-sama masih teringat ketika kita mula-mula bertemu. Tidak ada
yang lebih berbahagia di dalam hati ini selain melihat wajah-wajah
ceria pelajar-pelajar baru yang begitu bersih dapat menjejakkan kaki
ke sebuah pusat pengajian Islam. Memang ayah bonda menginginkan suatu
yang terbaik buat mu. Mahukan engkau menjadi orang yang terpelajar dan
berguna kepada mereka, kepada agama dan kepada negara. Ketika hari
pendaftaran, kami sama-sama menjengah diri melihat muka-muka kalian.
Kalian adalah ibarat rahmat kepada kami kerana dari kaliannya kami
mendapat ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan kami
ceritakan segala-galanya nanti!

Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan minggu pengenalan.
Kalian didedahkan dengan apa yang ada ditempat belajar yang baru ini.
Moga kalian dapat berta'aruf dengan cepat di alam baru ini. kalian
bersolat jamaah dan berma'thurat sama-sama. Kalian di dudukkan di
dalam LDK dan kalian akhirnya menjejakkan kaki ke malam terakhir
pengenalan. Kami masih mengintai-ngintai kalian. Bukan wajah dan gaya…
tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian yang akan bersama
kami? Manakah di kalangan kalian yang akan mewarisi jejak kami?

Memang kami mengentahui dan menyedari.. kalian datang dengan keinginan
yang berbeza. Ada yang ingin mendapat segulung sijil yang nantinya
akan dipersembahkan kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah
dan ibu menghendaki demikian. Kami faham itu semua… dan itu semua
tidak langsung penting bagi kami. Kalian didudukkan di dalam
usrah-usrah akhirnya. Kita sama-sama saling mengenal, mendengar dan
memberi. Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra. Bukankah itu
satu titik permulaan yang indah dalam pengalaman hidup kita?

Kita kemudian bertemu lagi dalam tamrin dan dauroh. Duduk dan
mendengar.. makan dalam dulang bertemu kepala. Kemudiannya tidur
diatas lantai tanpa hamparan. Kesemuanya menjadi detik manis dan
kenangan yang mungkin sukar dilupakan. Dari situlah kesemuanya
bermula… Kami memerhati dan
cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi untuk bersama
lebih memahami apa yang sedang kami fikirkan?

Kami hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba pikulkan selama
ini. Kami faham ianya begitu berat dan tidak mampu ditanggung oleh
hanya dua tiga kerat manusia yang lemah seperti kami. bebannya berat
dan perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi di masa
terdekat.
Kami berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik untuk mengenali
siapa dari kalian yang berminat. Kami adakan usrah… kami adakah tamrin
dan kami adakan dauroh.. kami adakan mukhayyam… dan entah apa lagi.
Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian.. disamping untuk memberi
sedikit sebanyak kesedaran dan ilmu.

Akhirnya … Kami telah dikurniakan Allah dengan kalian. Kalian
menampilkan diri dengan semangat dan kesediaan untuk bersama. Kami
begitu gembira. Kami tidak meminta kalian berbuat demikian. Sedikitpun
tidak ingin memaksa. Kami hanya membuka jalan dan peluang setelah
memberi kesedaran sedikit sebanyak. Alhamdulillah atas segala nikmat
dan rahmatNya kepada kita.
Bermulalah satu episod baru dalam hidup kita. Mungkin kita masih ingat
kita mula menjejakkan kaki ke alam baru.. fikrah baru dan ikatan baru.
Kalian telah berjaya memujuk hati kalian untuk bersama dalam
gerombolan ini. Gerombolan yang ingin untuk melihat dunia berubah ke
arah Islam.

Kita mula tangkas melayari perjalanan yang sengit ini. Kita cuba
menumpaskan nafsu yang kadangkala mengganggu dengan cerita indahnya
hidup relaks dan seronok. Tapi kalian telah berjaya menolak itu semua.
Walaupun kawan dan teman lain telah lama dibuai mimpi, kalian
kadangkala masih termangu di hadapan kami.. menadah buku dan sedikit
risalah. Segalanya hanya untuk memahami Islam yang masih banyak yang
perlu dipelajari. Kadangkala teman seronok dihadapan cerita TV dan
VCD, tetapi kita menolaknya itu semua.. kerana masa amat berharga bagi
kita untuk dibazirkan pada itu semua.

Kadangkala kawan-kawan enak tidur ditilam empuk asrama, tetapi kita
terpaksa berjaga malam di
mukhayyam hanya semata-mata untuk melatih diri bagaimana indahnya
dapat berkorban untuk sahabat yang sedang tidur di lantai bumi. Betapa
banyaknya pengalaman yang kalian telah lalui bersama kami !




Kami cuba memberi apa yang kami terdaya. Segala-galanya adalah untuk
menjadikan kalian orang
yang bermanfaat untuk Islam. Kami merasa kasihan kepada Islam yang
masih menagih cinta dan pengorbanan dari penganutnya. Islam masih
terumbang ambing dicampak dan diheret oleh manusia liar. Islam yang
sepatutnya tinggi masih digilis-gilis dan dipijak ganas untuk manusia
zalim. Siapa yang ingin membelanya? Siapa yang akan meletakkannya ke
tempat paling tinggi yang sepatutnya.

Inilah yang kami cuba lakukan. Alhamdulillah, kalian mula sedikit demi
sedikit memahami apa yang kami ingin kongsikan. Walaupun kami
kadangkala tidak dapat berehat sebagaimana orang lain… tetapi
ketenangan mula menjenguk.. ketika melihat kalian mula faham dan mula
melangkah. Denyut nadi perjuangan kalian yang mula bergerak-gerak
sudah cukup menggembirakan kami… lebih gembira dari sang musafir yang
terjumpa kembali untanya yang hilang di padang pasir !

Tentu kalian masih ingat itu semua. Kalian bagi kami adalah lebih
mahal dari dunia dan isinya. Kalianlah
sumber pahala kami di zaman ketandusan pahala dan bermaharajanya dosa
dan maksiat. Bukankah `Allah memberi petunjuk seorang manusia dengan
hasil usahamu adalah lebih baik dari dunia dan isinya'?. Kerana itu
kalian semua lebih mahal bagi kami dari segala harta. Mungkin dari
situlah kalian dapat faham, bagaimana susahnya kami kerana menjaga
kalian. Betapa banyaknya harta yang kami curahkan kerana kalian.
Betapa kami terpaksa melupakan masa rehat dan hujung minggu untuk
kalian. Betapa kami sudah tidak mempunyai apa-apa lagi yang dapat kami
berikan kepada kalian semua… semuanya telah diberikan. Mungkin
sekarang kalian telah dapat fahami. Kerana kalian lebih berharga dari
dunia dan isinya !

Sukar kami menceritakan ini semua… terpaksa dan semoga ianya menjadi
pedoman untuk kalian juga. Bahawa hidup seorang yang tahu di mana
Islam berada sekarang tidak memungkinkannya sempat membina istana dan
mahligai. Tidak memungkinkannya bergembira di setiap hujung minggu
dengan anak isteri. Tidak mungkin berpeluang untuk menikmati hari-hari
perlancongan dan santai tanpa matlamat dakwah. Tidak mungkin berenak
dengan kenderaan besar dan mewah. Bagaimana ia boleh berbuat demikian
sedangkan Islam masih menunggu pendokong yang akan menyelamatkannya?

Kerana memahami itu semua, kami wakafkan diri kami untuk kalian.
Biarlah manusia lain dengan dunianya.. namum kita tenang dan gembira
dalam alam kita sendiri. Walaupun orang lain melihat kita dalam
kesukaran dan kesusahan hidup, namum itulah kebahagian kita ! Matlamat
kami.. melahirkan kader-kader yang akan bekerja untuk Islam. Keinginan
kami.. apabila kalian telah melangkah keluar dari sini.. kalian telah
menjadi manusia muslim baru yang membawa bersama-sama obor yang akan
menyuluh tempat-tempat yang masih gelap di pelusuk sana. Itulah sahaja
matlamat dan cita-cita
kami.



Kami tidak mampu memberi kalian kerja yang bergaji mahal. Kami tidak
sanggup menjanjikan jawatan selepas kalian keluar. Itu semua adalah
suatu yang kerdil bagi kami. Ianya mampu dicari oleh sesiapa walau
bagaimana keadaannya sekalipun. Yang lebih penting dari itu semua
ialah kami tidak mahu kalian tenggelam di dalam kancah dunia yang
sedang bergelumang dengan materialisma yang tidak mampu diharungi oleh
manusia biasa. Kerana itulah kami cuba bekalkan kepada kalian dengan
kekuatan dan kefahaman. Lebih dari itu, kami mahukan kalian menjadi
manusia yang akan membawa manusia lain untuk bersama-sama dalam
perjuangan kita yang masih panjang.

Kami cuba sedaya upaya untuk mengajak kalian memahami bahawa apa yang
kita buat ini bukan kerana tempat belajar kita. Bukan kerana wajib
atau ingin menjaga hubungan dengan guru. Bukan kerana markah atau
prestasi. Kami cuba memotong tali-tali yang mengikat kalian dengan itu
semua. Kami membawa kalian ke luar sana… berjumpa dengan mereka yang
telah mendahului kita di atas jalan ini. Melangkah ke luar negara..
berjumpa dan mengambil pengalaman mereka. Mereka semua adalah se jalan
dengan kita.. berjuang menegakkan fikrah yang sama!

Perit letih kami tidak sia-sia. Kalian mula melangkah ke
garisan-garisan akhir bersama kami dengan sabar dan tekun. Kalian
langsung tidak menunjukkan rasa jemu dan bosan. Walaupun telah ada
dikalangan kalian yang telah kecundang setelah beberapa lama, namum
kalian masih tabah teguh. Kalian mula faham bahawa kerja kita perlukan
disiplin yang tinggi. Kerja kita perlukan jamaah dan ketaatan. Kerja
kita perlukan syura dan perbincangan dengan naqib/naqibah yang telah
begitu lama memimpin tangan kita sejak kita masih bertatih-tatih di
permulaan perjalanan. Kerja kita memerlukan kita tidak putus dan
bersama dengan jamaah di mana saja kita berada.

Di saat berpisah, itulah harapan kami. Gembiranya hati kami melepaskan
kalian menuju ke destinasi
masing-masing. Betapa inginnya hati kami untuk mendengar deringan
telefon dari kalian.. menceritakan
pengalaman baru kalian di kampung dan kawasanmasing- masing. . setelah
mendapat title baru bergelar
" DA'IE ". Betapa tak sabarnya kami ingin menatap tulisan dari kalian
.. bercerita bagaimana kalian telah mula mengumpul mad'u-mad'u baru
ditempat kalian. Betapa gembiranya kami nantinya mendengar kalian mula
ke sana-kemari mengikuti program bersama ikhwah dan akhawat di tempat
baru kalian. Kami tidak dapat bayangkan bagaimana gembiranya hati kami
bila mendengar naqib/naqibah baru kalian begitu memuji kesungguhan dan
semangat yang kalian tunjukkan. Ketika itulah kami akan mengurut dada
gembira… airmata kami berlinangan kegembiraan. . betapa tanaman kami
telah
menghasilkan buah. Usaha kami selama 3 tahun kalian bersama tidak
sia-sia !

Hari berganti hari.. kami di sini terus dengan kesibukkan melayan
adik-adik kalian yang terus tiba
semester demi semester dan cuba untuk menjadi pelapis kepada kalian.
Mereka bersemangat untuk meneruskan apa yang telah dilakukan oleh
kalian. Mereka masih ingat ketika kalian bersama-sama mereka di usrah,
tamrin, dauroh dan mukhayyam. Mereka masih ingat.. kalianlah yang
mendidik mereka dan mengasuh mereka sedikit sebanyak. Kami terus
membantu mereka sekadar kemampuan kami ini.. agar mereka menjadi
seperti kakak-kakak dan abang yang telah tamat belajar.

Hari terus berganti… kami masih menunggu sepucuk warkah atau sedering
telefon… atau sepatah salam dari musafir yang pulang. Namum bayangan
masih kelam. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Hati kami
mula bimbang. Apakah yang telah terjadi kepada anak-anak kami yang
telah pergi?

Kami mula bertanya kepada musafir yang lalu… atau kepada ikhwah dan
akhawat yang berjiran.. dimana
anak-anak kami.. pernah terdengar ke si anu dan si anu? Jawapan
negatif membimbangkan kami tentunya.

Kini beberapa bulan berlalu sepi tanpa berita. Bagi kami.. cukuplah
tempoh yang bernama bulan untuk
menghancurkan sedikit semangat dan pegangan kita. Hati kita sentiasa
di intai syaitan. Tidak ada manusia yang boleh mendakwa dia akan kuat
tanpa jamaah. Tidak akan ada kambing yang tidak keseorangan yang tidak
di makan serigala bila keseorangan. . kerana memang serigala ada di
mana-mana. Paling kurang kita akan mula hilang ketajaman sensitif
terhadap matlamat kita. Kita sudah
boleh mulai lupa tujuan dan halatuju hidup dan perjuangan kita. Suatu
yang begitu membara di dalam
hati kita ketika kita bersama dulu mula pudar dan tinggal dingin.

Satu demi satu berita kami terima mengenai hal kalian… jika ketika
berpisah kami menjangkakan kami akan menitiskan airmata kegembiraan
mendengar ketangkasan dan keaktifan kalian… tetapi … titisan
sebaliknya mula mengalir..

Apa yang telah terjadi kepada kalian? Apa yang telah kalian lakukan?
Kami mula sebak… ketika huruf-huruf ini disusun, kami tidak dapat
menahan air mata lagi. Bersama baris-baris yang keluar… kami iringi
dengan cucuran yang tidak dapat ditahan..!

Ianya bukan satu buatan. Ianya bukan rekaan satu cerita dan cerpen. Ia
adalah satu kenyataan yang telah berlaku beberapa ketika lalu dan… air
mata ini masih panas. Ianya adalah perasaan sayu kami bila harapan
telah mulai berkecai. Satu demi satu harapan bangunan yang kami bina
dan kami atur batu bata negara Islam dan khalifah yang kami inginkan
berantapan jatuh di hadapan kami. Kalau dahulu kami harapkan kalian
akan menjadi tangan-tangan yang akan bersama-sama mengangkat batu batu
yang lebih berat dan menjadi pembina bangunan ini… kini segalanya hampa.

Tanpa kami sedari, ada di kalangan kalian yang mungkin terasa amat
gembira terlepas dari alam kita. Ada yang merasakan dunia dakwah suatu
yang menghimpitnya. . suatu yang mengurungnya. Barulah kami sedari
rupanya selama ini, itu semua adalah sebuah lakonan. Ada antara kalian
rupanya sudah tidak ingin lagi bertemu muka dengan kami. Rupanya dulu
kami adalah penyibuk yang mengganggu hidupnya. Sekarang dia telah bebas.

Kami mula kecewa… kami mula berfikir.. apakah dosa kami. Kami hanya
menghulurkan tangan untuk memimpin kalian mengenal sedikit
tanggungjawab kita semua.. tanggungjawab dakwah dan amal Islam. Kami
gembira kerana sebelum kalian keluar.. kalian telah memahami itu
semua.. tetapi sekarang kenapa ini semua tiba-tiba berlaku?

Kalian datang ke sini… tetapi muka kamilah orang yang paling tidak
ingin di lihat dan ditemui. Apakah kalian telah mencampakkan kasih
sayang yang telah kami berikan selama ini. Apakah muka kami begitu
buruk untuk dilihat? Apakah suara kami begitu menyakitkan untuk
disapa?. Jika kalian datang dari jauh kerana sesuatu subjek dan untuk
mengutip markah bagi sekeping sijil, apakah pelajaran-pelajaran yang
sama-sama kita pelajari di usrah dan dauroh sudah tidak bernilai dan
tidak berharga? Atau apakah kalian telah melayakkan diri untuk
dipanggil anak derhaka?

Kalian segera berlepas pulang. Kami hanya mendengar si anu telah
datang. Tanpa sepatah salam kami terima, mungkin ia terlalu mahal
untuk dikirim. Tiada helaian kertas ditinggalkan. . mungkin dakwat
pena terlalu berharga untuk dicoretkan.. Kami hanya mendengar dengan
hiba dan air mata mengalir lagi.

Masa berlalu… dan kami mula berfikir sendirian. Mereka terlalu sibuk.
Mereka ada urusan sendiri. Mereka sedang masuk ke alam kerja. Walau
ada di kalangan mereka kami bantu untuk meneruskan kehidupan mereka…
mencarikan mereka kerja dan tempat pengalaman. Namum setelah berjaya
.. sepatah perkataan pun tidak didengari. Mungkin terlalu sibuk dengan
pekerjaan. Alhamdulillah. Kami sekali lagi menjadi hampas yang
dicampakkan ke tong sampah!

Kami tidak inginkan pembalasan. Kami tidak pahala dari kalian.
Cukuplah Allah sebaik-baik pembalas. Apa yang ada di sisi Allah adalah
lebih baik dan kekal. Kami akan tetap begini hingga ke akhir hayat..
selagi Allah masih memberikan kekuatan. Kerja kami ialah mengumpul
tenaga-tenaga orang seperti kalian, memberi sedikit sebanyak ilmu dan
kefahaman, mendidik apa yang terdaya agar ada tenaga baru untuk Islam.

Kami tidak inginkan harta kalian, tidak perlu kepada pujian dan
sanjungan kalian. Tidak berhajat ingatan
dari kalian, tetapi kami hanya mahu mendengar kalian telah menyambung
dan menjadikan kerja Islam sebagai sebesar-besar tugas. Kami hanya
mahukan dari kalian menghidupkan jiwa-jiwa manusia yang telah mati.
Itulah tanda kesetiaan kalian terhadap kami. Sebenarnya itu adalah
janji kalian kepada Allah bila kalian berjanji untuk bersama kami.
Allahlah yang akan menuntut janjiNya dari kalian.

Ketika kami mendengar ada di antara kalian mula terlupa atau melupai
tugas ini, maka kamilah orang yang mula-mula menangis. Kalian tentu
faham bahawa tanda awal ialah bila kalian tidak lagi bersambung dengan
jamaah. Bila ada antara kalian yang merasakan kalian mampu hidup
sendiri, kalian sebenarnya kalian telah silap. Hidup sehari tanpa
jamaah dan tanpa kerja Islam bermakna kalian telah meranapkan harapan
kerja besar kita. Dan tanda awal putusnya kalian dengan jamaah ialah
bila kalian sudah tidak mempunyai naqib dan usrah. Tanda awalnya
apabila kalian telah mula membelakangkan naqib/naqibah dalam membuat
keputusan dalam hidup kalian. Apakah kalian merelakan diri kalian
untuk menjadi peranap kepada cita-cita Islam kita.? Apakah kalian
tidak takut kepada balasan Allah
bagi mereka yang meninggalkan tugas ini?

Biarlah kami berhempas pulas di sini.. berhujan berpanas dan berembun.
Mengorbankan masa rehat dan wang ringgit kami demi melahirkan orang
seperti kalian. Biarlah kami terus begini… walaupun kami tahu mereka
semua juga mungkin akan menjadi seperti kalian. Biarlah kami terus
berusaha .. melahirkan anak-anak yang akan menderhakai dakwah dan
tanggungjawab Islam! Ingatlah.. kerja ini bukan hanya dengan
angan-angan dan azam semata. Cukuplah kalian layak dipanggil anak
derhaka bila dakwah dan amal Islam hanya menjadi angan dan azam.
Betapa ramainya orang yang mampu berangan
dan berazam seperti kalian ! Tapi dimana usaha dan curahan tenaga?
Siapa yang akan ke medan, menarik tangan-tangan manusia yang sedang
hanyut jika semua hanya berangan dan berazam untuk menarik? Alangkah
mudah berangan dan berazam!

Bebanan perasaan yang kami pikul sebenarnya lebih berat dari bebanan
tugas ke sana ke mari mengendali program dan mendidik kalian. Apa
sangat berat berjaga malam, membelanjakan ringgit dan berceramah dan
mendengar masalah kalian jika hati kami gembira melihat hasilnya. Apa
sangat itu semua jika hati bahagia melihat kalian menjadi orang yang
akan mewarisi kerja yang telah kami buat. Kesemua berat dan beban
hilang dan tak mungkin terasa setelah melihat kalian telah menerangkan
bumi yang gelap seluruh pelusuk bumi.

TETAPI… sekarang kami telah kehilangan segala-galanya. Ketenangan yang
kami ingin cari melalui pengorbanan ini telah juga hancur. Bahkan
ianya lebih berat dari bebanan fizikal dan material. Kami telah
melalui beberapa generasi kalian. Pengalaman akhirnya menyimpulkan
kepada kami bahawa kami hanyalah manusia tak berguna dan pengganggu
dalam hidup kalian. Ketenangan hati yang kami ingin hirup dari usaha
mentarbiyyah kalian hanya menambah luka yang telah ada… Apakah kalian
sedar?

Kami iringi kalian dengan doa dan airmata. Pergilah kalian dengan
sijil yang telah diperolehi dari sini
untuk menjenguk dunia yang tiada bertepi. Harungilah hidup demi
mencari ketenangan dan kebahagiaan melalui jalan yang kalian pilih
sendiri. Kami tetap memilih ketenangan dan kebahagian melalui jalan
kami sendiri. Walaupun kalian telah melukai hati kami… kami hanya akan
menyalahkan diri kami sendiri. Mungkin kamilah yang menyebabkan kalian
jadi begitu. Mungkin kami belum memberikan yang terbaik untuk kalian.
Mungkin kami belum mengorbankan apa yang sepatutnya kami
korbankan. Mungkin.. kami lah yang bersalah.!

Kini segalanya hanya tinggal kenangan. Kami tidak mengharapkan kepada
kalian lagi. Jika kalian mahu terus hidup sebagaimana manusia lain…
teruskanlah. Bahkan jika kalian mahu menjadi manusia yang jauh
berlainan dari kami… teruskan. Moga Allah mengampunkan kami dan
kalian. TAPI ingat ! Dakwah tidak memerlukan kalian untuk hidup.
Dakwah adalah satu yang kuat dan kukuh kerana ia berhubung dengan
Allah Yang Maha Perkasa. Kitalah yang memerlukan dakwah. Dakwah boleh
bersama orang lain jika kita enggan. Tatapi apa ertinya hidup kita
tanpa dakwah? Dakwah adalah nyawa dan roh kita. Jika kita berpisah
darinya…. Kita sebenarnya telah mati ! Kita akan terkulai layu ibarat
bunga yang telah dipetik dari pokoknya ! Tinggalkanlah kami menangisi
anak-anak yang telah pergi. Anak-anak yang telah mencampakkan kasih
sayang yang cuba kami hulurkan. Mungkin cinta kami tidak seindah dunia
yang menunggu diluar sana. Biarlah cinta itu dikutip oleh manusia lain
yang tahu menilainya.

Apakah kalian tidak mengerti ini semua… apakah cinta kami tidak
bermakna untuk kalian. Adakah ianya terlalu murah. Kami berkorban
untuk kalian lebih dari anak dan saudara kami sendiri, kerana bagi
kami tali akidah dan fikrah lebih kukuh dan erat dari tali
kekeluargaan. Kalian lebih kami sayangi dari saudara sedarah daging
dengan kami. Kami berikan apa yang terbaik apa yang kami ada. Kerana
kami tahu.. kalian adalah penerus generasi da'I yang hampir pupus.
Apakah kalian tidak merasainya?

Memang kami tidak memberikan makanan yang mahal-mahal untuk kalian.
Kami tidak membelikan pakaian indah untuk kalian. Tetapi apa erti
makanan dan pakaian jika kalian hanyut di alam sesat jahiliyyah.. ?

hayatilah kata-kata Imam al-Syafie: "manusia sebenarnya ialah yang
merasai kecintaan yang diberikan kepadanya walaupun sebentar". Berapa
lamakah kecintaan yang telah kami berikan kepada kalian… apakah kalian
tidak merasainya?

kalian melihat kami tersenyum… ye.. senyuman yang kami buat-buat untuk
mengubat rindu kepada kedamaian semalam yang telah tiada lagi.
Senyuman untuk menandakan kami masih mampu berlakun dengan hati yang
telah disiat-siat. Berilah senyuman kepada kami, hulurkan tangan
kalian untuk kami salami…. Tetapi hati ini tidak mungkin terubat tanpa
penghayatan dan penunaian janji yang telah sama-sama kita buat semasa
kita di sini!

Cukuplah… kami hanya akan bersama dengan yang memahami dan merasai
cinta kami. Bagi mereka yang mempunyai kekasih lain… pergilah.. semoga
kekasihnya akan memberi kebahagian dan ketenangan untuknya. Bagi kami…
di jalan dakwahlah kasih awal dan akhir kami.

Jika kami sendiri futur akibat apa yang telah kalian lakukan, maka
bersedia kalian untuk menerima sahamnya. Kalian telah mengecewakan
kami sedikit sebanyak. Kalian telah menyebabkan kami tidak percaya
lagi kepada manusia… hingga sampai satu ketika.. kami merasakan sudah
tidak wujud lagi harapan di dunia ini. apa tidaknya.. keseluruhan
anak-anak kami tidak dapat meneruskan usaha kami? Jika itu yang
berlaku kepada yang awal… maka bukankah sama pada yang akhirnya?

Tolong … jangan jadikan kami futur.. berilah harapan. Moga adik-adik
kita di sini dan di luar sana dapat
menghirup sedikit dari limpahan cahaya Ilahi yang kita sama-sama tidak
ingin padam.

Wassalamu'alaikum.

CATATAN SEORANG NAQIB YANG HINA.


adakah lagi abah lain untukmu

Labels:


Petang itu aku menangis lagi.Sendirian di kamar. Untung ada Puteh di sisi. Kucing itu tahu betapa tuannya ini sedang menanggung beban jiwa yang parah.

Hati aku pedih.Sakit! Menangislah wahai hati..

Gelora di jiwa aku khabarkan pada Yang Maha Kuasa. Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya hanya pada Dia.

Mana mungkin bisa diungkapkan pekung keluarga kepada umum. Mana mungkin!Biarlah ia terus indah pada pandangan luar, seksa dalaman teruskan dihijab.

Aku? Hanya seorang anak. Anak pinjaman Yang Esa pada sepasang hambaNya bergelar ibu dan ayah.


"Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)." Al-Anaam (6:98)


Maka,tanggungjawabku hanya satu.

"Jadi anak solehah!"

Jangan kau durhaka pada ibumu. Jangan kau cuba melenting di depan bapamu.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." Al-Isra (17:23)

Demi ayat-ayat Allah itu, jiwaku lemas. Lemas dalam timbunan dosa yang bertimpa-timpa. Ampuni aku Abah! Sungguh aku khilaf dalam perilakuku. Air mukaku tidak mampu memalsukan amarah di jiwa.

Marah?! Layakkah kau marah pada Abah? Tanya pemilik hati ketika si waras mula berdebat dengan sang emosi. Di mana kau letakkan aku;kewarasanmu ketika kau tahu tindak tandukmu bisa menyakiti hati Abah? Kau sengaja bukan? Kau sengaja berlaku begitu kerana kau mahu sang emosi menjadi puas. Kau mahu nafsu amarahmu turut sama puas.

Kau palingkan muka, kelatkan wajah.Sengaja. Supaya Abah tahu kau sedang lancarkan perang dingin. Dan ternyata kau memang puas. Kau biarkan Abah dengan perang emosimu tanpa kau peduli samada dia tahu atau tak hujung pangkal tindakanmu. Ah,dengan bersenjatakan hati perempuan! Kau memang cukup hebat dalam strategi perang sebegitu.

Tidak kasihankah dikau pada wajah tua itu?

Tidak simpatikah kau wahai jiwa, tatkala makanan pertama pagi tadi ditelan tawar oleh jiwa bapa. Makanan yang sepatutnya dihadam supaya menjadi tenaga untuk fizikalnya bekerja. Untuk siapa dia bekerja? Untuk siapa wahai hati?

Jangan kau pandang kekurangannya. Kekurangan manusia sentiasa besar di pandangan mata manusia. Tapi pandanglah kebaikan Abah dengan pandangan mata hati.

Mata hati kau tahu, kebaikan dalam diri Abah berganda-ganda lebih besar dari kekurangan dirinya. Pandang sekeliling wahai mata hati, adakah lagi seorang Abah yang lain seperti dia?

Adakah lagi seorang Abah lain yang mampu bertahan dengan setiap perang dingin yang kau lancarkan?

Adakah lagi seorang Abah lain yang hanya memendam perit pedih membesarkan anak perempuan tunggalnya yang hanya tahu memandang kekurangannya?

Adakah lagi seorang Abah lain yang begitu sabar melayan kau; wahai anak.. yang hanya tahu meminta tanpa mahu mengerti erti memberi?

Adakah lagi seorang Abah lain yang masih sudi menjamah santapan semeja dengan anaknya walupun hati Abah itu tahu betapa anaknya tidak suka memandang wajah tua ini?

Adakah lagi Abah lain selain dia untukmu?

Ampuni Ina, Abah! Menangislah wahai hati,menangislah.. supaya kau terus ingat kekesalan ini.

dipetik dari : ilurvislam.com

muhasabah diri


Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

lirik nasyid-sebelum terlena

Doa seorang sahabat


Ya Allah
Panjangkanlah umur sahabatku,
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangilah hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik,
hajat dalam agama,
dunia dan akhirat.

Ya Allah
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya padaMu.
Jika dia merindui,
rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu,
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak.
AMIN


-dari seorang sahabat yang mengasihimu -

Hinanya daku

Ya Allah
Aku akui betapa lemahnya diriku ini..
Diriku selalu saja nafsu membelenggu
Apakan daya yang ada dalam diri ini
Imanku selalu dipinggirkan
Nafsu seringkali menerjah diriku
Mengajak ku ke arah kemurkaanmu
Diri ini selalu tewas dengannya..
Ya Allah..
Adakah diriku ini dapat memenangi hatimu
Adakah aku memperoleh syurga mu..
Ku takut dihumban ke neraka mu
Betapa hinanya daku
Untuk merdeka masuk kesyurgamu
Ya Allah
Terasa kosong jiwaku
Seperti ada sirna di hati ini
Betapa kejinya diri ini
Tidak mengendahkan apa yang kau kehendaki
Seringkali ku alpa dan leka
Dengan dunia fana yang kau kurnia
Ya Allah
Ingin saja daku berdamping denganmu
Tapi syaitan selalu mengambil hatiku
Betapa lemahnya iman ku
Semakin jauh dari makanannya
Semakin lemah dibuai hasutan dia
Ya Allah
Adakah kau mendengar isi hatiku
Terasa kehilangan suatu yang bernilai…
Aku telah jauh dari jalanmu
Masih dapatkah aku memenangi dirimu lagi
Ya Allah
Mataku merintih bijian jernih
Memohon keampunanmu
Tapi aku sangsi akan diriku
Adakah engkau akan menerima taubat mu
Aku telah membuatkan Mu murka…
Terimalah taubatku
Terimalah Ya Allah
Hanya engkau yang maha mengasih dan penyayang
Ampunilah daku……

Kisah Biskut

Labels:


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang perempuan tua disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil perempuan tua itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah perempuan tua itu.
"Alangkah tak malunya perempuan tua ni..... dah la tak mintak dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!! " rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, perempuan tua itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari perempuan tua itu. Sambil tersenyum perempuan tua itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi perempuan tua itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya. "Berani sungguh perempuan tua ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah. Kedua-dua wanita dan perempuan tua itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.


Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka. "Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya.
Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan perempuan tua itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap perempuan tua itu. Perempuan tua itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Isteri Mithali

Labels:

Peribadi Isteri Solehah

Taat dan Berbakti Kepada Suaminya

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia
maka dia
menggembirakan,
bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia
menjaga hartamu
dan menjaga pula kehormatan dirinya."

Wanita Islm yang bijaksana sentiasa mahu mencari
keredhaan Allah
dengan taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan
maksiat, berbakti
untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk
menggembirakan suaminya.
DIa akan redha dengan kesusahan atau kesempitan
hidupnya, sebagaimana
yang telah dicatatkan dalam sejarah Islm unggulnya
peribadi Fatimah
r.ha.

Wanita Islm yang benar, rela berkhidmat di rumah untuk
suaminya
dan dia tahu hak suami ke atasnya. Sesungguhnya ia
adalah hak yang
amat besar sebagaimana sabda Rasulullah saw.:

"Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorg sujud kepada
seseorang
yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud
kepada suaminya."
(Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)

Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga
sebagaimana sabda
Rasulullah saw:

"Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu,
puasa pada
bulannya, taat kepada suaminya, menjaga kemaluannya,
akan dikatakan
kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripada
mana-mana pintu
yang kamu sukai." (Riwayat Ibn Majah)


Disamping itu, Islm juga mengancam dengan dosa,
kemurkaan dan laknat
kepada wanita yang berpaling daripada peringatan ini:

"Apabila seseorang lelaki memanggil isterinya
kekatilnya tetapi
dia enggan mendatanginya, lalu suaminya tidur dalam
keadaan marah
kepadanya nescaya malaikat akan melaknatnya sehingga
waktu subuh
(pagi)."
(Sahih Muslim)

Keperibadian Isteri Yang Solehah

- Taat dan Berbakti Kepada Suaminya
- Berbakti Kepada Ibu Mertuanya dan Memuliakan
Keluarganya
- Mesra dengan Suami dan Sentiasa Berusaha Mencari
Keredhaannya
- Tidak Memecahkan Rahsianya
- Berdiri disisinya dan Berkongsi Pandangan Dengannya.

- Membantu Suami Mentaati ALlah
- Menguasai Jiwa Suaminya
- Berhias Untuk Suami
- Menemui Suami didalam kegembiraan dan Bersyukur
- Berkongsi Kesedihan dan Kegembiraan Suami
- Menundukkan Pandangan Selain Untuk Suami
- Tidak Menceritakan Keadaan Wanita Lain Kepada Suami.

- Mewujudkan Ketenangan, Kerehatan dan Kedamaian Dalam
Rumahtangga
- Bertoleransi dan Memaafkan
- Keperibadian Yang Kuat dan Bijaksana

=================================================

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa
kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." [Surah Ar-Rum
30:21]