hidupnya kita

Labels:



assalamualaikum warahmatullah...
bersyukur kita kehadrat illahi kerana diberi peluang untuk hidup di dunia yang fana ini dan dapat lagi kita bertemu dalam perbincangan kali ini..
Semestinya tidak lupa juga kita rafa'kan setinggi junjungan selawat kepada rasululah dan sahabat2nya kerana dengan pengorbanan nyawa,keringat dan masa mereka ,dapat lagi kita meni'mati nikmat iman dan nikmat islam.

kehidupan merupakan satu perkara yang penting bagi orang beriman.mereka menganggap kehidupan di dunia ini sebagai satu ladang untuk menuai hasil untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti.
ana teringat satu kata2 yang menyentuh jiwa ana yang berbunyi, "janganlah kamu meletakkan dunia itu di hati tetapi letaklah ia di tangan".
maksudnya disini ,dunia bukanlah segala-galanya tetapi dunia ini adalah sebagai satu alat bagi mencapai kemerdekaan yang hakiki di akhirat kelak.oleh itu,alangkah indahnya jika kita mengikuti jejak langkah generasi sebelum kita yang meletakkan Al-Quran sebagai dustur atau perlembagaan dan rasulullah sebagai qudwah yang utama. sesungguhnya hati kita memang memerlukan makanan yang murni umtuk mencari redha Allah yang esa.tanpa redhanya sapalah kita untuk merebut syurga yang tersangat indah dan dihiasi dengan pelbagai nikmat.marilah sahabat2 ku disana ,marilah sama2 kita merebut peluang yang Allah masih kurniakan kepada kita.tarbiyyah fiyadikum,fiyadikum faqat.Allah tidak akan merubah nasib seseorang itu melainkan dia yang berusaha untuk merubah dirinya sendiri.

sekian saja dari ana yang lemah tidak bermaya ini.ana minta maaf kalau ada tersilap bahasa atau apa2 yang tidak menyenangkan. yang benar itu datang dari Allah S.W.T ,yang kurang tu datang dari diri ana sendiri..wsallam

1001 kenangan

Labels:

semakin hari semakin berlalu kenangan yang seribu.kini kian dekat tuk meniti di tahun baru..mungkin ada yang tidak akan ku temui tika itu kerana seperti biasa selepas tingkata 3 pasti ada yang berlalu pergi meninggalkan matri bumi wakafan.wahai sahabat2 ku bilakah kita boleh bertemu??

persoalan ini selalu bermain di kotak fikiran ku. segala kenangan dari tingkatan 1 telah ku tempatkan di hati.persahabatan ini pasti tidak akan berakhir begitu saja.apatah lagi persahabatan yang disatukan oleh iman kita.
mungkin sahabat mu disini pernah melukaimu. Andainya begitu, sepuluh jari ku tadah memohon kemaafan. marilah sama2 hayati video ini tuk mengimbau kembali kenangan lalu..



created by: tengku syakir

download the video

tidur!!!

Labels:

Mestilah dibezakan antara tidur yang makruh, tidur yang memudharatkan dan tidur yang bermanafaat. Tidur yang makruh adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari kerana waktu ini adalah waktu "ghanimah". Setiap dari kita ada pengalaman dan tahu kelebihan yang dimiliki waktu ini.

Ia adalah pembuka dan permulaan siang. Permulaan turunnya rezeki dan barakah.Sepatutnya waktu ini dijaga dan kalau tidurpun, hendaklah kerana terpaksa bukannya selalu atau berterusan.

Tidur yang memudharatkan adalah tidur pada waktu asar. Semakin lama tidur diwaktu ini semakin kurang manafaatnya dan banyak mudaharatnya. Begitu juga tidur yang memudharatkan adalah tidur pada permulaan malam sebaik sahaja jatuhnya matahari sehingga isya’.

Tidur yang bermanafaat pula adalah tidur separuh pertama malam dan seperenam yang terakhir. Banyak tidur yang melebihi lapan jam memudharatkan jiwa dan juga fizikal sehingga menyebabkan kelalaian dan malas. Menghabiskan usia bukan di dalam mentaati Allah sedangkan risalah badan kita adalah khidmat untuk ketaqwaan di dalam hati kita. Kelalaian ini akhirnya membalikkan risalah hidup kita sehingga seluruh potensi ruh hanya menjadi khadim kepada badan dan tuntutan-tuntutan badan.

ciri2 pelajar cemerlang

Labels:

1- NIAT .
perkara paling terpenting dalam menuntut ilmu
allah...
antara niat terpaling penting ialah niatkan utk
sumbangkan kepada deenulislam, utk ummah..
kerana kalau kita melihat balik kepada
suasana..islam dan ummahnya terlalu lemah (seperti
buih dan makanan yang dihurung oleh mangsa)
maka menuntut ilmu menjadi wajib dan ia antara perkara
dhoruri...

2-jadikan akhlak islamiyah sebagai satu dasar kepada
menuntut ilmu....
krn akhlak juga adalah salah satu dasar dalam islam..
kalau dilihat semula,sistem pendidikan sekarang tidak
langsung menitik beratkan aspek akhlak didalam
pendidikan...hasilnya individu tak berkuality,rumah
tangga rosak,masyarakat porak peranda...

-sikap kita pada ilmu jugak amat penting...belajar
bukan kerana peperiksaan atau sijil...tapi utk
menguasai ilmu,fakta dan perlaksanaan yang
terpeting...

kerana ulama' dulu belajar adalah utk memberi
sumbangan kepada islam,dan islam anggap peperiksaan
hanya sebagai satu penilaian,
dan perlu diingat kita belajar bukanlah kerana sistem
yang menyembelih palajar kini.

3-pandai memilih kawan>>>ini antara benda paling teruk
bg pelajar kini>>>(ana pun satu jugak)
kita dilihat oleh masyarakat juga berdasarkan kawan
dan terdekat dengan kita.

4-perlu berada didalam zikrullah>>>(mengigati Allah)
perumpamaan zikrullah dgn org mukmin itu-sama
seperti perlunya ikan pada air.
sentiasa berlindung dgn allah drpd syaitan,sentiasa
merasa besarnya apa yang diharamkan oleh Allah dan
selalu moroqobah dgn Nya.(spt syair imam syafie).
dgn zikrullah hati akan segar dan tenang,badan pula
akan sihat.

5-perlu pandai memilih bacaan dan hiburan yang
merehatkan fikiran.
"hati yang bersih dari akal yang bersih"

6-kehidupan seharian perlu teratur (organize &
sistematik)..
ini kerana ia mampu melemahkan dan mententeramkan
fikiran dan pemandangan.(betul tak?)

7-pandai mengurus masa(jgn biarkan masa dipengaruhi
oleh keadaan)
teringat ana kat satu kata musthafa masyhur...
"islam tak redho umatnya menyerah kepada
keadaan(waqi')
sebab Allah mencipta waktu solah pun diwaktu yang
terbaik-contoh....
tapi bagi ana yang ni memang teruk...
pernah ana dgr satu kata2...tapi siapa ana dah
lupa...siapa..
"sudah cukup kalau Allah turunkan surah al-asr utk
umat s.a.w ini" ia menunjukkan lengkapnya surah tu
bertepatan dgn kehidupan manusia dengan MASA...

8-KEBERSIHAN- firstly kena ikut turutan...firstly
hati- dihias dgn iman ,taqwa ,ihsan,ikhlas ...
kedua akhlak -dihias dgn sifat2 mahmudah,malu,tawado'
'ulu himmah dll...
kemudian luaran...pun penting sangat utk pelajar
muslim kerana ia merujuk kepada syakhsiah ma'nawiyah
kita!!! betui tak?????

9-memberi perhatian kepada pembelajaran actually
diwaktu muda,perlu tumpu sehabis mungkin terutama utk
kuliah dan class2 deen dan diskusi...

kerinduan

Labels:



sahabat
kau nan tonggak kekuatanku
tika nafsu menghanyut ku
kau datang sebagai penyelamat
tika aku dalam kesedihan
kau pengubat dukaku
tika ku buntu dalam perjalanan
kau bak cahaya menerangi laluan

sahabat
kini terasa gersang diqalbu ku
pabila ketiadaanmu
terasa pilu ditambah rindu
tuk menatap wajahmu
serta mendakap jasadmu

sahabat
terkenang kisah dahulu
kali pertama bertemu
iman sebagai penyatu
saat kita gembira
saat gelak ketawa
saat duka lara
kini bermain dalam fikiran ku

sahabat
walau jasad berjauhan
hati masih terpaut
inilah yang dibina atas keimanan
memerlukan keikhlasan dan ketulusan

sahabatku....
ingin aku pohon maafmu
andai pernah ku melukai mu
ku takut kita tidak bertemu
maafkan lah daku
wahai sahabatku
moga Allah merestuimu


dlm k.api
17/11/07
02:41 a.m

tangislah

Labels:

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis1)
1)Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikanorang tertawa dan menangis."(AnNajm : 43)Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, sertamenciptakan sebab tercetusnya. Banyak air matatelah mengalir di dunia ini.Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuhke bumi. Mata itu kecilnamun ia tidak pernah kering ia berlaku setiaphari tanpa putus-putus.Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidakpernah berhenti?.kalaulah airmata itu di tampung banjirlah dunia ini.Tangis tercela atau terpuji ??Ada tangisan yang sangat di cela umpamanyameratapi mayat dengan meraungdan memukul-mukul dada atau merobek-robekpakaian.Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan dituntut iaitu tangisan keranamenginsafi dosa-dosa yang silam atau tangiskerana takut akan azab dansiksa Allah.Tangisan dapat memadamkan apiNeraka "Rasulullah saw bersabda :Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allahakan mengharamkan tubuhnyadari api neraka. Dan apabila air matanyamengalir ke pipi maka wajahnyatidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabilaseorang daripada suatukaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yangtak mempunyai kadar dan balasan kecuali airmata. Sesungguhnya air matadapat memadamkan lautan api neraka."Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangisselama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanyaterhadap dosa yang telah ialakukan.Dia bersujud di atas gunung dan airmatanya mengalir di jurangSerandip. Dari air matanya itulah Allah telahmenumbuhkan pohon kayu manisdan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burungtelah meminum akan air mataAdam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." NabiAdam terdengar lalumenyangka burung itu mempersendakannya laluia memperhebatkan tangisannya.Lalu Allah mendengar dan menerima taubatAdam dan mewahyukan, "Hai Adamsesungguhnya belum Aku pernah menciptakan airlebih lazat daripada air mata taubat mu!."Air mata yang tiada di tuntut:Janganlah menangis kalau tak tercapaicita-cita bukan kah Tuhan yang telahmenentukannya.Janganlah menangisnonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.Janganlah menangis kerana cinta tak berbalasmungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.Janganlah menangis jika gagal dalampeperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .Jangan menangis kalau wang kita hilang dijalanan sebab mungkin kita kurangbersedekah buat amalan.Janganlah menangis kalau tidak di naikkanpangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisanitu semua buat bekalanuntuk menginsafi di atas segala kecuaian yangtelah melanda diri, segaladosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telahmengkelamkan hati hingga sukar untuk menerimahidayah dari Allah swt.Seru lah air mata itudari persembunyiannya di balik kelopak mataagar ia menitis membasahi danmencuci hati agar ia putih kembali dan jugasemoga ia dapat melebur dosa2dan moga-moga akan mendapat ampunanNyajua.Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yangtak tersentuh api neraka,mata yang menangis di waktu malam hari keranatakut kepada Allah swt dan 2biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah diwaktu malam.""Di antara 7 golongan manusia yang akanmendapat naungan Allah dihariqiamat"??seseorang yang berzikir bersendirianlalu mengenang tentangkebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.""Jika tubuh seseorang hamba gementar

lobak,telur & serbuk kopi

Labels:

Pada suatu hari, seorang pemuda kelihatan gelisah kerana beranggapan hidup terasa amat menyakitkan. Setiap kali dia dapat menyelesaikan sesuatu kerumitan, timbul pula masalah lain yang memerlukannya ‘berjuang’ lagi.
Akhirnya pemuda itu bertemu dengan ayahnya, seorang tukang masak. Dia menceritakan masalah yang dihadapinya dan didengar dengan sabar oleh bapanya. Selepas habis dia mencurahkan perasaannya, bapanya membawa pemuda itu ke dapur.
Di situ, si ayah mengisi tiga periuk dengan air dan meletak periuk itu di atas api. Apabila air mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan serbuk kopi di periuk ketiga.
Bahan itu dibiarkannya mendidih.
Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang dilakukan ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan meletaknya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk lain, dan menuangkan kopi mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya anaknya:”Apa yang kau lihat, nak?”
“Lobak, telur dan kopi,” jawab si anak.
Si ayah mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasai lobak itu. Pemuda itu menurut dan dirasakan lobak itu enak.
Ayahnya meminta pemuda itu mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebiji telur rebus yang mengeras. Terakhirnya, ayahnya meminta dia merasai kopi. pemuda itu tersenyum ketika merasai kopi dengan baunya yang harum.
“Apa erti semua ini, ayah?” tanya pemuda itu.
Ayahnya berkata, tiga bahan yang direbus tadi menghadapi kesulitan sama – direbus dalam air yang mendidih tetapi setiap satu menunjukkan reaksi berbeza. Sebelum direbus, lobak bersifat keras dan sukar dipatahkan. Namun selepas direbus, lobak menjadi lembut dan lunak.
Telur pula sebelumnya mudah pecah tetapi apabila direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah ada dalam rebusan, serbuk kopi mengubah air berkenaan.
“Kamu termasuk dalam kategori mana?” tanya si ayah.
Pemuda itu terdiam.
“Air mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau meghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?”
Pemuda itu termenung memikirkan perumpaan yang diberikan bapanya.
“Jika kamu lobak yang kelihatannya keras, kamu akan mudah menyerah kepada penderitaan dan kesulitan. Kamu bakal kehilangan kekuatan. Atau kamu adalah telur yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik, tetapi dengan adanya cabaran dan kegagalan, menjadi keras dan kaku, walaupun kelihatan sama pada luarannya.
“Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Ia mengubah air panas yang menyakitkan itu. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Sepatutnya kamu menjadi serbuk kopi ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu menjadi semakin
baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik,” jelas si ayah dengan penuh pengajaran kepada anaknya itu.

Kesimpulan yang ingin ana perkatakan di sini
ialah kita sebagai seorang makhluk Allah tidak kira
Muslim atau kafir dijadikan Allah bukanlah sia-sia
atau untuk berseronok-seronok saja (khususnya
Muslim).
Akan tetapi Allah jadikan bersama-sama dengan
penciptaan kita ini masuliyah utk kita pikul sebagai
salah seorang daripada khalifah-Nya utk memakmurkan
bumi yg merupakan anugerah-Nya kepada kita. Sesuai
dan
selaras dengan penciptaan seseorang makhluk itu,
Allah
jadikan sesuatu taklif itu sesuai dengan kemampuan
dirinya seperti telah difirmankanNya di dlm Al-Qur'an:-

(La yukallifullahu nafsan illa wus'aha)

Dlm mencari kesempurnaan melaksanakan taklif
tersebut, tentu pelbagai masalah kunjung tiba sebagai

satu cabaran dari Allah nak melihat sejauh mana
tegarnya atau sabarnya kita menahan ujian dariNya
itu.
Kita mestilah jadi bak kopi tadi......yg mana bila
kopi tadi melalui satu julat kepanasan yg tinggi
iaitu
kopi tadi didihkan dlm air yg panas, maka ia bertukar

menjadi air kopi yg sgt harum dan menyegarkan si
peminumnya. Air yg panas tadi ibarat masalah yg kita
hadapi, utk melihat kita sabar melaluinya atau tidak.

Jika kita mengalah awal, maka kita seperti lobak yg
lembik atau keras kaku seperti telur yg tlh direbus.

sahabat

Labels:

Kisah tentang 2 orang sahabat karib yang
sedang berjalan melintasi gurun pasir.
Ditengah perjalanan, mereka bertengkar
dan salah seorang tanpa dapat menahan
diri menampar temannya. Orang yang kena
tampar, merasa sakit hati, tapi dengan
tanpa berkata-kata, dia menulis di atas
pasir :

"HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU MENAMPAR
PIPIKU."


Mereka terus berjalan, sehingga
menemukan sebatang sungai, dimana mereka
memutuskan untuk mandi.
Orang yang
pipinya ditampar dan terluka hatinya,
cuba berenang untuk menyejukkan diri dan
hatinya..

Namun, ternyata sungai tersebut cukup
dalam sehingga ia nyaris tenggelam, dan
diselamatkanlah ia oleh
sahabatnya.Ketika dia mulai siuman dan
rasa takutnya sudah hilang, dia menulis
di sebuah batu :

"HARI INI, SAHABAT TERBAIK KU
MENYELAMATKAN NYAWAKU."


Si penolong yang pernah menampar
sahabatnya tersebut bertanya,
"Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau
menulisnya di atas pasir, dan sekarang
kamu menulis di batu?"


Temannya sambil tersenyum menjawab,
"Ketika seorang sahabat melukai kita,
kita harus menulisnya diatas pasir agar
angin maaf datang berhembus dan
menghapus tulisan tersebut. Dan bila
dalam antara sahabat terjadi sesuatu
kebajikan sekecil apa pun, kita harus
memahatnya di atas batu hati kita, agar
tetap terkenang tidak hilang tertiup
waktu."


Dalam hidup ini sering timbul perbezaan
pendapat dan konflik kerana wujud sudut
pandangan yang berbeza. Oleh itu,
cubalah untuk saling memaafkan dan
melupakan masalah lalu.Mungkin
kadang-kala kita dapat apa kemahuan atau
memahami apa yang kita mahu..Yang
penting selagi HAK kita dan sahabat kita
menjaga dan menghormati satu sama lain
serta percaya, insyallah ibarat ‘air
yang dicincang takkan putus’…