hidupnya kita

Labels:



assalamualaikum warahmatullah...
bersyukur kita kehadrat illahi kerana diberi peluang untuk hidup di dunia yang fana ini dan dapat lagi kita bertemu dalam perbincangan kali ini..
Semestinya tidak lupa juga kita rafa'kan setinggi junjungan selawat kepada rasululah dan sahabat2nya kerana dengan pengorbanan nyawa,keringat dan masa mereka ,dapat lagi kita meni'mati nikmat iman dan nikmat islam.

kehidupan merupakan satu perkara yang penting bagi orang beriman.mereka menganggap kehidupan di dunia ini sebagai satu ladang untuk menuai hasil untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti.
ana teringat satu kata2 yang menyentuh jiwa ana yang berbunyi, "janganlah kamu meletakkan dunia itu di hati tetapi letaklah ia di tangan".
maksudnya disini ,dunia bukanlah segala-galanya tetapi dunia ini adalah sebagai satu alat bagi mencapai kemerdekaan yang hakiki di akhirat kelak.oleh itu,alangkah indahnya jika kita mengikuti jejak langkah generasi sebelum kita yang meletakkan Al-Quran sebagai dustur atau perlembagaan dan rasulullah sebagai qudwah yang utama. sesungguhnya hati kita memang memerlukan makanan yang murni umtuk mencari redha Allah yang esa.tanpa redhanya sapalah kita untuk merebut syurga yang tersangat indah dan dihiasi dengan pelbagai nikmat.marilah sahabat2 ku disana ,marilah sama2 kita merebut peluang yang Allah masih kurniakan kepada kita.tarbiyyah fiyadikum,fiyadikum faqat.Allah tidak akan merubah nasib seseorang itu melainkan dia yang berusaha untuk merubah dirinya sendiri.

sekian saja dari ana yang lemah tidak bermaya ini.ana minta maaf kalau ada tersilap bahasa atau apa2 yang tidak menyenangkan. yang benar itu datang dari Allah S.W.T ,yang kurang tu datang dari diri ana sendiri..wsallam

0 comments:

Post a Comment