mulianya akhlaq
assalamualaikum..
insyallah pertemuan kali nii kita akan membincangkan tentang akhlaq yang mulia..
akhlaq yang mulia adalah menjadi matlamat asas bagi risalah islam.ini telah terbukti dengan hadith rasulullah yang berbunyi "sesungguhnga aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia".akhlaq yang mulia merupakan tanda dan hasil daripada iman yang sebenar . tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak yang mulia. inilah yang dibayangkan oleh rasulullah dalam sabdanya sewaktu ditanya , "apakah deen itu?",
beliau menjawab dengan sabdanya "deen itu adalah akhlaq yang mulia.
beliau juga pernah ditanya, "apakah kecelakaan itu?" rasulullah menjawab "kecelakaan itu adalah akhlaq yang jahat/buruk.
akhlaq juga merupakan amal paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat.setiap yang rosak akhlaqnya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisab.Rasulullah bersabda ,"tidak ada satu perkara yang paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba di hari kiamat lebih dari akhlaq yang mulia. dalam islam akhlaq merupakan intipati bagi segala ibadah. tanpa akhlaq ibadat hanyalah merupakan adat resam dan perlakuan yang tidak mempunyai nilai dan faedah..
insyallah setakat itu sahaja perbincangan kita kali ini..ana harap kalau ada yang tersalah,ada teguran yang membaikinya dan Allah mengampuninya.wsalam
December 6, 2007 at 11:00 PM
assalamualaikum..
klo ada komen ke/suggestion,boleh tiap kat cini..wsalam
Post a Comment