announcement
Tuesday, December 23, 2008 | 6 Comments
Pengalaman photography
assalamualaikum..
2 hari yang lepas saya telah mengikuti abang saya ke satu sesi teknik photografer yang ringkas. Alhamdulillah gain sikit pengalaman saya di sana tentang cara menggunakan aperture, shutter speed, iso dan cara-cara nak guna tripod. saya hanya guna canon .
kalau ada apa-apa yang masih kurang bolehlah perbetulkan
hampir kesemua menggunakan setting seperti berikut :
Aperture : 8 or 11 or 22
Shutter speed 15 second or 20 second
Iso :100
Tuesday, December 09, 2008 | 7 Comments
AidilAdha????
Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah masih lagi Allah bagi kekuatan kepada saya untuk update blog ni dan masih lagi bagi nyawa kepada kita untuk hidup hingga kini. Semenjak dua menjak ni saya sibuk sikit. Sebab tu x dapat update pada hari-hari yang lepas.
Hari ni merupakan hari yang sangat bermakna bagi kita umat islam semua kerana mempunyai sejarah yang dapat diambil pengajaran oleh kita semua. Seperti mana yang kita ketahui, Allah mengurniakan kepada kita dua hari untuk makan dan minum iaitu hari raya aidilfitri dan aidiladha. Sebab itulah kita umat islam dilarang untuk berpuasa pada hari-hari ini.
Sebelum saya cerita lebih lanjut, ingin saya timbulkan satu persoalan kepada diri kita semua, Apa agaknya sejarah yang berlaku ya pada hari yang penuh baroqah ini?
Alhamdulillah, baguslah kepada yang mungkin sudah mengetahui sejarah ini. Bagi yang tak tahu, tak mengapa, masih belum terlambat lagi untuk mengetahui. :)
Hari raya AidilAdha juga dikenali hari raya korban kerana hari tersebut merupakan hari untuk kita semua memperingati kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Allah Ismail memenuhi perintah Allah SWT sepertimana dalam firman-NYA yang bermaksud:
Maka anaknya itu telah sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengan nya). Nabi Ibrahim berkatakepada anaknya: wahai anak kesayanganku! sesungguhnya aku melihat dalam mimpi aku akan menyembelih mu, maka fikirlah apa pendapat Mu. Anaknya menjawab : wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu: insyaAllah Allah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar
Dalam melaksanakan perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyerahkan diri mereka kepada Allah dan dengan izin Allah, ketika Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya, Allah menggantikan anaknya itu dengan seekor kibasy.
Sehubungan dengan itu Allah telah merakamkan kisah tersebut melalui firmanNYA yang bermaksud :
Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah itu adalah ujian yang nyata. dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar, dan kami kekalkan baginya(nama yang harum ) dalam kalangan orang yang datang kemudian. (surah Al-saaffaat,ayat 104-108)
hurmm.. kalau nak diceritakan lagi mengenai hari raya AidilAdha ni, banyak lagi. mungkin sampai sini sahaja yang saya mampu kongsikan bersama rakan yang dikasihi. Pengajarannya yang kita perolehi ialah, kita mestilah menunaikan sesuatu perintah yang digariskan oleh Allah walaupun sesuatu itu kita anggap tidak baik tetapi Allah maha mengetahui hamba-hambanya. Ribuan maaf dipinta jika ada kesalahan ejaan atau isi. kalau ada tolong perbetulkan :).wallahualam..
Monday, December 08, 2008 | 2 Comments
Mengurus Kehidupan
Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari saya akan berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada murabbi (guru) saya nun di MATRI sana mengenai mengurus kehidupan kita. Mudah-mudahan menjadi panduan untuk diri dan para pembaca sekalian.
Persoalan yang pertama sekali yang saya ingin timbulkan ialah mengapakah kita tidak dapat merasai sesuatu nikmat? Mari kita berfikir sejenak. Salah satu sebab kita tidak dapat merasai sesuatu kenikmatan tersebut ialah kerana kita selalu melihatnya. contohnya bagi kita jika mempunyai emas kita akan merasai bangga dan seronok memakainya tetapi tidak bagi pelombong emas yang hampir setiap hari menggali dan melihat emas (sudah biasa).
samalah seperti masa. Seperti mana yang kita semua tahu, masa juga merupakan nikmat Allah yang dikurniakan kepada hambanya. Tetapi sayang, kita seringkali tidak dapat merasai betapa berharganya masa tersebut. Ada pepatah arab yang lebih tepat dari pepatah melayu mengenai masa mengatakan, 'al-waqtu kal hayah' yang bermaksud waktu adalah kehidupan. semakin banyak waktu kita buang, semakin sia-sia hidup kita kerana kehidupan ini tidak dapat kita beli walaupun dengan jutaan ringgit dan kita ulangi.
Wahai pembaca yang saya kasihi, Allah pinjamkan kepada kita kehidupan di dunia ini hanya seketika. Jadi gunalah masa yang masih ada ini untuk kita berubudiah (beribadah) dan insaflah atas kelalaian kita sebelum keinsafan itu tidak bernilai di hari pembalasan. nauzubillah..
Untuk mengurus diri kita, pertama sekali kita mestilah membezakan antara :
- Harapan dan Khayalan
- Impi dan Mimpi
- Cita-cita dan angan-angan
persoalan yang kedua kita perlu tanya pada diri kita agar diri kita terurus ialah
- Apakah yang kita cita-citakan?
- Berapa lama kita hendak kecapi cita-cita tersebut?
- Apakah jalan yang perlu kita tempuhi untuk mencapai cita-cita tersebut?
- Apakah pengorbanan yang perlu kita buat?
Dengan adanya matlamat hidup, kita akan mementingkan perkara-perkara yang utama sahaja . Maksud perkara utama ialah perkara yang boleh mendekatkan diri kita dengan matlamat yang telah kita gariskan.
InsyaAllah mungkin itu sahaja sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan dan semoga diri ini dan sahabat-sahabat lain dapat meneliti diri kita satu persatu agar hidup ini tidak sia-sia. Hidup tanpa CITA-CITA adalah MATI, cita-cita tanpa USAHA adalah MIMPI, usaha tampa PERANCANGAN RAPI hanyalah ILLUSI yang basi.. wallahualam..
Friday, December 05, 2008 | 6 Comments
Kenangan KMK 12 zon Utara
Assalamualaikum..
Alhamdulillah , kita bertemu lagi. Insyallah hari ini saya akan membuat sedikit review tentang KMK 12 (Kem Minda Kreatif) bagi zon utara yang telah diadakan di Pulakopp pulau pinang. Kem ini telah dianjurkan oleh Haluan Malaysia dan disertai pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 4 . Sebenarnya saya agak cemburu kerana sudah 12 kali saya tidak dapat menghadiri kem ini. Cemburu dengan rakan-rakan sepejuangan yang sudah mempunyai banyak pengalaman yang manis disana. Hurmm.. Tak apalah. Mungkin Insyallah nanti saya akan dapat kesana jua. Amin
Bagi saya kem seperti ini tidak sama dengan kem yang pernah yang saya sertai seperti Kem Bomba Kebangsaan 2008, Kem usahawan Muda dan sebagainya. Kem seperti ini banyak mengajar kita tentang ajaran Islam yang syumul (menyeluruh). Disamping itu, banyak praktikal yang diajar dan dilatih di sini.
Dari al-Barraa' bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah."
(HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
Antara objektif kem ini ialah penerapan nilai ukhwah antara satu sama lain, persaudaraan Islam, melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis, kepentingan dakwah dan tarbiyah, mewujudkan kerjasama dan kepimpinan serta kesatuan hati dalam memikul tanggungjawab yang Allah berikan kepada kita. MasyaAllah ruginya saya tidak dapat sertai.. hurmm.. Mesti banyak sahabat-sahabat di sanakan.
Thursday, December 04, 2008 | 6 Comments
Menghirup udara segar
Assalamualaikum...
Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana menemukan lagi kita pada post yang seterusnya. Alhamdulillah..Selawat dan dalam tidak kita lupa juga kepada junjungan besar Rasalullah SAW kerana dengan perjuangan baginda serta sahabat-sahabat, dapat lagi kita pada hari ini menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.
Mari kita berfikir sejenak, betapa ramai manusia di dunia ini mendapat nikmat islam tetapi tidak mendapat nikmat iman itu sendiri. Maksud saya disini ialah ramai manusia yang mengaku dirinya islam kerana keturunannya yang sediakala sebagai seorang muslim tetapi tidak ramai yang meletakkan dirinya sebagai hamba Allah yang beriman. Allah ada berfirman ; ' Tidak aku jadikan jin dan manusia hanyasanya untuk berubudiah kepada ku (Allah)'. Setiap amalan kita dalam kehidupan ini mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah. Barulah setiap amalan tersebut dikira sebagai ibadah. sesetengah orang menyatakan ibadah hanyalah solah, puasa, zakat, zikir dan sebagainya. Tidak wahai pembaca yang saya sayangi, ibadah bukan hanya dalam skop tersebut sahaja tetapi semua perbuatan kita boleh dijadikan ibadah contohnya seperti bernafas, bermain, makan, minum dan yang lain. Yang penting sepertimana yang saya terangkan diatas, kita lakukan semua ibadah kerana Allah atau dalam erti kata lain ialah IKHLAS
Wahai pembaca yang saya kasihi kerana Allah, terdapat ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadikan sesuatu amalan itu diterima oleh Allah. Ciri-cirinya ialah lakukan ikhlas kerana Allah, tidak melanggar syara' dan memberi manfaat. Memberi manfaat bermaksud sesuatu pekerjaan itu dapat menguntungkan Islam dan orang lain. Tidak melakukan pekerjaan itu hanya untuk bersuka-suka sahaja.
Insyallah, sedikit sebanyak peringatan dan ilmu yang saya kongsikan untuk pembaca-pembaca sekalian dan sebagai muhasabah kepada diri saya sendiri. Mudah-mudahan Allah merahmati perkongsian kita.. Jika ada sebarang pertanyaan dan perkongsian bolehlah meninggalkannya di ruangan komen... wallahualam..
Wednesday, December 03, 2008 | 6 Comments
Terpesona ku dibuatnya
Assalamualaikum .. Atas permintaan seseorang, kali ini saya akan post mengenai suatu kejadian yang mungkin di antara kita tidak tahu atau mungkin juga sudah mengetahui. Saya sudah mengetahui perkara ini sejak 3 tahun lepas tetapi terlupa untuk berkongsi. Tak mengapa, kali ini saya akan membongkar suatu peristiwa yang membuktikan kekuasaan Allah Taala. Subhanallah.. sungguh mengkagumkan.. Mudah-mudahan Allah tiupkan kesedaran kepada kita betapa hebatnya Allah. Kajian telah di buat oleh Dr. Masaru Emoto dari Universitas Yokohama dengan tajuk bukunya " The Hidden Message in Water".. Beliau telah membuat kajian keatas molekul air. Dari hasil kajian saintifik beliau, telah dibuktikan oleh pakar air dari Jepun ini bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk.
Dengan kekuasaan Allah, susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air dan ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti kristal yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. mari kita sama-sama lihat ilustrasi molekul air tersebut...
Jadi apa yang dapat saya simpulkan disini ialah tubuh badan kita hampir 90% terdiri daripada air dan cecair yang lain. Samalah seperti molekul-molekul air tersebut. Apabila dibacakan ayat Al-Quran, tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat lagi keji dan sebagainya, InsyaAllah saya percaya diri kita akan menjadi yang terbaik. Begitulah sebaliknya... fikir-fikirkanlah wahai pembaca-pembaca yang saya kasihi kerana Allah SWT dan diri saya sendiri... mungkin ada sedikit sebanyak penambahan daripada sahabat-sahabat, silakan...wallahualam
assalamualaikum
Monday, December 01, 2008 | 6 Comments
Mencari spirit yang hilang
Assalamualaikum..
saya ingin berkongsi sedikit movie yang agak menarik perhatian saya. movie ini mengisahkan hidup seorang pendakwah yang menyebarkan dakwah islamiyah di tanah Indonesia. Mari kita lihat bagaimana kehidupan seseorang yang meletakkan matlamat hidupnya hanyasanya kerana Allah SWT.
Hidupnya serdahana walaupun mempunyai jawatan yang agak tinggi dalam negara. Beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab mendidik isteri dan anak-anaknya . Sebelum Beliau pergi keluar rumah untuk menyebarkan dakwah dan mencari nafkah , beliau akan menyediakan setiap keperluan dan makanan untuk anak-anaknya dan isterinya. Inilah keindahan kehidupan seorang yang jelas matlamatnya. Amat bahagialah seorang isteri jika mempunyai suami seperti ini. Subhanallah.. Anda tidak mengidam-idamkan suami seperti ini? Tidak mengapa, simpanlah jawapan tersebut dan mohonlah kepada Allah, pencipta kita.
Bagi sahabat-sahabat pula, tidakkah ciri-ciri yang ada pada isteri beliau menjadi garis panduan untuk kita memilih teman kita? Bukan mengapa, bak kata seorang senior di sekolah dulu iaitu Abg Hilal, kita harus meletakkan ciri-ciri bakal pasangan hidup kita. Biarlah kita berangan-angan kerana kitalah yang menentukan masa depan kita. Dengan mempunyai perancangan dari awal, diri kita akan menjadi lebih teratur.
Semoga terhibur dengan triler yang saya paparkan. Untuk melihat lebih banyak mengenai movie ini, silalah ke you tube. =D. Tajuk cerita ini adalah sang murabbi
Monday, December 01, 2008 | 7 Comments