Menghirup udara segar
Assalamualaikum...
Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana menemukan lagi kita pada post yang seterusnya. Alhamdulillah..Selawat dan dalam tidak kita lupa juga kepada junjungan besar Rasalullah SAW kerana dengan perjuangan baginda serta sahabat-sahabat, dapat lagi kita pada hari ini menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.
Mari kita berfikir sejenak, betapa ramai manusia di dunia ini mendapat nikmat islam tetapi tidak mendapat nikmat iman itu sendiri. Maksud saya disini ialah ramai manusia yang mengaku dirinya islam kerana keturunannya yang sediakala sebagai seorang muslim tetapi tidak ramai yang meletakkan dirinya sebagai hamba Allah yang beriman. Allah ada berfirman ; ' Tidak aku jadikan jin dan manusia hanyasanya untuk berubudiah kepada ku (Allah)'. Setiap amalan kita dalam kehidupan ini mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah. Barulah setiap amalan tersebut dikira sebagai ibadah. sesetengah orang menyatakan ibadah hanyalah solah, puasa, zakat, zikir dan sebagainya. Tidak wahai pembaca yang saya sayangi, ibadah bukan hanya dalam skop tersebut sahaja tetapi semua perbuatan kita boleh dijadikan ibadah contohnya seperti bernafas, bermain, makan, minum dan yang lain. Yang penting sepertimana yang saya terangkan diatas, kita lakukan semua ibadah kerana Allah atau dalam erti kata lain ialah IKHLAS
Wahai pembaca yang saya kasihi kerana Allah, terdapat ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadikan sesuatu amalan itu diterima oleh Allah. Ciri-cirinya ialah lakukan ikhlas kerana Allah, tidak melanggar syara' dan memberi manfaat. Memberi manfaat bermaksud sesuatu pekerjaan itu dapat menguntungkan Islam dan orang lain. Tidak melakukan pekerjaan itu hanya untuk bersuka-suka sahaja.
Insyallah, sedikit sebanyak peringatan dan ilmu yang saya kongsikan untuk pembaca-pembaca sekalian dan sebagai muhasabah kepada diri saya sendiri. Mudah-mudahan Allah merahmati perkongsian kita.. Jika ada sebarang pertanyaan dan perkongsian bolehlah meninggalkannya di ruangan komen... wallahualam..
December 3, 2008 at 12:15 PM
salam~
oohh..sal ibadat...ade skali penceramah ni..aku x ingat bler dan dimana aku dengo..
tapi paling aku ingat..dy cter camane kite leh jadikan kehidupan seharian kite ni ibadat..
ingatkan susah..ekceli senang jek~
Islam itu mudah~
>.<
December 3, 2008 at 3:03 PM
sian afdholul jadi gambar camtuh...
siapa buat ni kejam....
ha ha
December 3, 2008 at 7:09 PM
assalamualaikum...^_^
best blog pakcik...^_^
byk dpt pgjran..
mekaseh...
wassalam...
December 3, 2008 at 7:26 PM
@awwin.. betul skali penyataan. islam itu sgt mudah tp kita yang menyusahkannya. tiada paksaan dalam agama. klo kita lakukan ikhlas, insyallah semua senang coz Allah bantu... amin
@akhi hilal
hehe.. afdholul kan pelakon terbaik.. hehe.. nu'man yang buat. ana amik je dy nya art. nak kc lawa skit... ana minta ya nu'man amik pic tu :D,,
@airin.. Alhamdulillah.. doa2 laa ye agar ilmu nii hadam dalam diri dan dijadikan amal..
December 3, 2008 at 7:44 PM
amin...^_^
insyaAllah..
doa kan daku~
December 3, 2008 at 7:47 PM
iye makcik.. beres semuanya :d
Post a Comment