Fedora 10 telah Dilancarkan

Berita terbaru kepada pengguna linux terutamanya pengguna distro fedora. Fedora 10 yang juga dikenali fedora cambridge ini baru sahaja dilepaskan semalam dengan jayanya setelah 6 bulan penat menunggu. Peningkatan yang terbaru dalam 'operating system'(OS) ini ialah dari segi penggunaan 'web cam' yang popular, memperkenalkan driver wireless iaitu 'Atheros ath9k wireless', dan pelayar (web browser) mozilla firefox yang terkini. Mesti tersenyum labarkan pengguna fedora 10 ini apabila mendapati 'OS' mereka lebih stabil dan mempunyai peningkatan yang agak menggembirakan.
Tidak lupa juga Fedora 10 ini memberikan pilihan kepada kita sewaktu 'installation' samada kita hendak meng-install Gnome 2.24 atau KDE 4.1 iaitu versi terkini 'desktop environment' didalam linux. Dengan ini desktop anda akan dilengkapi versi terbaru samada Gnome atau KDE yang membuatkan desktop anda kelihatan lebih menarik setelah diubahsuai.
Mungkin ada dalam kalangan kita masih buntu dengan pemikiran lama yang tidak mengetahui apakah itu linux. linux adalah sebuah Operating system yang terbuka sumbernya (open source). Ia membolehkan kita untuk mengubahsuai 'os' dengan cara kita yang tersendiri yang diidam-idamkan. Mungkin juga bagi sesetengah mereka risau jikalau beralih kepada linux tidak terdapat perisian-perisian yang penting dalam hidup seharian seperti photoshop, yahoo massenger , windows media player dan sebagainya. Anda tidak perlu bimbang kerana di dalam linux juga terdapat perisian-perisian yang setaraf seperti Gimp , pidgin (macam ym) dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perisian ini sila lah pergi ke laman web ini.
Saya tetap menggunakan ubuntu yang terkini iaitu interpid ibex 8.10 sebagai 'os' saya yang kedua. Saya telah meng-install-kannya didalam windows. Sepanjang saya menggunakan linux ini, banyak perkara baru yang saya pelajari dan melihat betapa hebatnya sistem yang ada padanya. sungguh mengkagumkan..
Thursday, November 27, 2008 | 0 Comments
Hari Ini
Assalamualaikum..
insyallah saya nak update laa blog ni.
Hari ni Alhamdulillah saya bangun agak awal dari hari-hari biasa. Dapat jugak berjemaah di surau berdekatan. Pagi tadi seperti biasa selepas selesai menunaikan solah subuh saya pulang ke rumah. Rumah terasa sunyi kerana ibu dan bapa saya pergi haji. Lama dah tidak bertemu mereka.. hurmmm. tak mengapa, hidup mesti diteruskan. hehe
saya bersarapan dengan roti, kacang panggang (kegemaran saya) dan telur dada. Semuanya own made je.
selepas selesai makan, saya memeriksa jadual harian. Hari ini saya mesti menyelesaikan setiap satu sub topik matapelajaran Biology, Addmath dan sejarah. Tapi malangnya setelah selesai saya membuat addmath, sebaik sahaja saya membuka buku sejarah, mata pun apa lagi,mahu tidurlah. Saya tertidur agak lama juga. hurmm letih agaknya..
Waktu zohor disini masuk pada pukul 12 lebih, jadi sebaik sahaja saya bangun dari tidur, saya terus melakukan kewajipan saya sebelum saya menghadap komputer yang disayangi ini. heheh.. buka sahaja YM tup2,ada orang meminta jasa baik saya untuk tolong membuat header blog makciknya.. beberapa kali saya menukar template lain kerana template defult agak tidak menarik untuk header-nya ditukar. Alhamdulillah dapat juga saya menyiapkannya.
Alhamdulillah juga hari ini saya dikurniakan adik baru.. hehehe >.<.. tak mengapa. tak payah tau pun tak pe sapa adik baru tu. Maghrib dan isyak tadi dapat juga saya berjemaah d surau tp agak mengecewakan kerana surau di kampung ku ini x mendapat sambutan sangat. tak apa, mungkin ada hikmah disebaliknya kan..mungkin tu saja kot post saya kali ni. saja nak share-share rutin harian saya.. hehe .. wallahhualam..
assalamualaikum
Wednesday, November 26, 2008 | 2 Comments
KMK 12

Dah yang ke 12 da?? Hurm.. tiap-tiap tahun diri ini berhajat untuk ke program yang dianjurkan pada musim cuti sekolah.. diriku acap kali terlepas peluang yang amat bermanfaat ini. Mungkin ada kebaikan disebalik kejadian ini. Tak mengapa, Allah akan memberikan sesuatu yang tidak ku jangka nanti, Insyallah..
Mungkin saya boleh berkongsi dengan sahabat-sahabat saya tentang kem ni. Kem seperti ini banyak mendedahkan kepada kita akan pendidikan islam secara praktikal. Bagi saya , saya amat berminat dengan kem seperti ini tapi masih belum ada peluang. Disana juga kita akan lebih mengenali ramai kawan- kawan baru yang tidak pernah kita temui. Bak kata pepatah "berkawan biar seribukan".. x pa lah.. hehe atleast dapat tengok brochure nii pun cukup.. kepada siapa-siapa yang berminat bolehlah nanti kita pergi bersama-sama k.. hehe..
Wednesday, November 26, 2008 | 2 Comments
Tips Untuk Membuatkan Calander Berfungsi..
Assalamualalaikum
Alhamdulillah setelah berusaha sedikit untuk menambah pengetahuan tentang blog template ni, insyaAllah hari ni saya nak share skit cara nak configure calander (lebih dikenali post archive) yang menggunakan java script agar ianya berfungsi di dalam template yang baru kita install pada blog kita ini. Jenis calander yang kita akan configure adalah seperti yang saya pamerkan dalam gambar di bawah.
Kepada pengguna-pengguna blog template seperti saya ini atau sama waktu dengannya, anda akan dapat melihat pada calander anda tertulis 'undefined'. Sebenarnya amat mudah untuk menyelesaikan masalah ini. Saya agak tergelak kecil apabila berjaya menyelesaikan masalah ini. Cara-caranya adalah seperti berikut :
Dashboard > Settings > Formatting > Timestamp Format.
(seperti pada gambar rajah di bawah)
pastikan anda setkan timestamp tersebut kepada format ini > Wednesday, November 26,2008
sekarang anda boleh 'view' blog anda dan anda akan melihat calander tersebut berfungsi dengan gemilangnya.. hehe.Itu saja... Insyallah senangkan. Jika terdapat cacat cela atau kekurangan atau pertanyaan sila tinggalkan komen anda.
Wednesday, November 26, 2008 | 2 Comments
Pesanan buat sahabat Tersayang
Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.
Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."
"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.
Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.
"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.
Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah. .." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.
Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.
"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan.. .", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya" , jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.
"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.
Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... AKADEMIK semasa belajar dahulu.
"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)
Tuesday, November 25, 2008 | 0 Comments
