Mengurus Kehidupan

Labels: , , ,

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari saya akan berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada murabbi (guru) saya nun di MATRI sana mengenai mengurus kehidupan kita. Mudah-mudahan menjadi panduan untuk diri dan para pembaca sekalian.

Persoalan yang pertama sekali yang saya ingin timbulkan ialah mengapakah kita tidak dapat merasai sesuatu nikmat? Mari kita berfikir sejenak. Salah satu sebab kita tidak dapat merasai sesuatu kenikmatan tersebut ialah kerana kita selalu melihatnya. contohnya bagi kita jika mempunyai emas kita akan merasai bangga dan seronok memakainya tetapi tidak bagi pelombong emas yang hampir setiap hari menggali dan melihat emas (sudah biasa).

samalah seperti masa. Seperti mana yang kita semua tahu, masa juga merupakan nikmat Allah yang dikurniakan kepada hambanya. Tetapi sayang, kita seringkali tidak dapat merasai betapa berharganya masa tersebut. Ada pepatah arab yang lebih tepat dari pepatah melayu mengenai masa mengatakan, 'al-waqtu kal hayah' yang bermaksud waktu adalah kehidupan. semakin banyak waktu kita buang, semakin sia-sia hidup kita kerana kehidupan ini tidak dapat kita beli walaupun dengan jutaan ringgit dan kita ulangi.




Wahai pembaca yang saya kasihi, Allah pinjamkan kepada kita kehidupan di dunia ini hanya seketika. Jadi gunalah masa yang masih ada ini untuk kita berubudiah (beribadah) dan insaflah atas kelalaian kita sebelum keinsafan itu tidak bernilai di hari pembalasan. nauzubillah..

Untuk mengurus diri kita, pertama sekali kita mestilah membezakan antara :

  • Harapan dan Khayalan
  • Impi dan Mimpi
  • Cita-cita dan angan-angan

persoalan yang kedua kita perlu tanya pada diri kita agar diri kita terurus ialah
  1. Apakah yang kita cita-citakan?
  2. Berapa lama kita hendak kecapi cita-cita tersebut?
  3. Apakah jalan yang perlu kita tempuhi untuk mencapai cita-cita tersebut?
  4. Apakah pengorbanan yang perlu kita buat?
Seperti yang pernah saya nyatakan pada post-post yang lepas, kita perlu bina matlamat yang jelas dalam hidup kita. Kalau kita tidak ada matlamat dalam hidup ini, kita akan mudah putus asa dan tention. Perumpamaan bagi orang yang tidak ada matlamat ialah mati sebelum mati atau hidup tanpa erti.

Dengan adanya matlamat hidup, kita akan mementingkan perkara-perkara yang utama sahaja . Maksud perkara utama ialah perkara yang boleh mendekatkan diri kita dengan matlamat yang telah kita gariskan.

InsyaAllah mungkin itu sahaja sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan dan semoga diri ini dan sahabat-sahabat lain dapat meneliti diri kita satu persatu agar hidup ini tidak sia-sia. Hidup tanpa CITA-CITA adalah MATI, cita-cita tanpa USAHA adalah MIMPI, usaha tampa PERANCANGAN RAPI hanyalah ILLUSI yang basi.. wallahualam..

Kenangan KMK 12 zon Utara

Assalamualaikum..

Alhamdulillah , kita bertemu lagi. Insyallah hari ini saya akan membuat sedikit review tentang KMK 12 (Kem Minda Kreatif) bagi zon utara yang telah diadakan di Pulakopp pulau pinang. Kem ini telah dianjurkan oleh Haluan Malaysia dan disertai pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 4 . Sebenarnya saya agak cemburu kerana sudah 12 kali saya tidak dapat menghadiri kem ini. Cemburu dengan rakan-rakan sepejuangan yang sudah mempunyai banyak pengalaman yang manis disana. Hurmm.. Tak apalah. Mungkin Insyallah nanti saya akan dapat kesana jua. Amin




Bagi saya kem seperti ini tidak sama dengan kem yang pernah yang saya sertai seperti Kem Bomba Kebangsaan 2008, Kem usahawan Muda dan sebagainya. Kem seperti ini banyak mengajar kita tentang ajaran Islam yang syumul (menyeluruh). Disamping itu, banyak praktikal yang diajar dan dilatih di sini.

Dari al-Barraa' bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:

"Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah."

(HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)


Antara objektif kem ini ialah penerapan nilai ukhwah antara satu sama lain, persaudaraan Islam, melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis, kepentingan dakwah dan tarbiyah, mewujudkan kerjasama dan kepimpinan serta kesatuan hati dalam memikul tanggungjawab yang Allah berikan kepada kita. MasyaAllah ruginya saya tidak dapat sertai.. hurmm.. Mesti banyak sahabat-sahabat di sanakan.







Menghirup udara segar

Labels: , ,

Assalamualaikum...


Pertama dan selamanya kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana menemukan lagi kita pada post yang seterusnya. Alhamdulillah..Selawat dan dalam tidak kita lupa juga kepada junjungan besar Rasalullah SAW kerana dengan perjuangan baginda serta sahabat-sahabat, dapat lagi kita pada hari ini menikmati dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam.



Mari kita berfikir sejenak, betapa ramai manusia di dunia ini mendapat nikmat islam tetapi tidak mendapat nikmat iman itu sendiri. Maksud saya disini ialah ramai manusia yang mengaku dirinya islam kerana keturunannya yang sediakala sebagai seorang muslim tetapi tidak ramai yang meletakkan dirinya sebagai hamba Allah yang beriman. Allah ada berfirman ; ' Tidak aku jadikan jin dan manusia hanyasanya untuk berubudiah kepada ku (Allah)'. Setiap amalan kita dalam kehidupan ini mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah. Barulah setiap amalan tersebut dikira sebagai ibadah. sesetengah orang menyatakan ibadah hanyalah solah, puasa, zakat, zikir dan sebagainya. Tidak wahai pembaca yang saya sayangi, ibadah bukan hanya dalam skop tersebut sahaja tetapi semua perbuatan kita boleh dijadikan ibadah contohnya seperti bernafas, bermain, makan, minum dan yang lain. Yang penting sepertimana yang saya terangkan diatas, kita lakukan semua ibadah kerana Allah atau dalam erti kata lain ialah IKHLAS

Wahai pembaca yang saya kasihi kerana Allah, terdapat ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadikan sesuatu amalan itu diterima oleh Allah. Ciri-cirinya ialah lakukan ikhlas kerana Allah, tidak melanggar syara' dan memberi manfaat. Memberi manfaat bermaksud sesuatu pekerjaan itu dapat menguntungkan Islam dan orang lain. Tidak melakukan pekerjaan itu hanya untuk bersuka-suka sahaja.

Insyallah, sedikit sebanyak peringatan dan ilmu yang saya kongsikan untuk pembaca-pembaca sekalian dan sebagai muhasabah kepada diri saya sendiri. Mudah-mudahan Allah merahmati perkongsian kita.. Jika ada sebarang pertanyaan dan perkongsian bolehlah meninggalkannya di ruangan komen... wallahualam..

Terpesona ku dibuatnya

Labels: ,

Assalamualaikum .. Atas permintaan seseorang, kali ini saya akan post mengenai suatu kejadian yang mungkin di antara kita tidak tahu atau mungkin juga sudah mengetahui. Saya sudah mengetahui perkara ini sejak 3 tahun lepas tetapi terlupa untuk berkongsi. Tak mengapa, kali ini saya akan membongkar suatu peristiwa yang membuktikan kekuasaan Allah Taala. Subhanallah.. sungguh mengkagumkan.. Mudah-mudahan Allah tiupkan kesedaran kepada kita betapa hebatnya Allah. Kajian telah di buat oleh Dr. Masaru Emoto dari Universitas Yokohama dengan tajuk bukunya " The Hidden Message in Water".. Beliau telah membuat kajian keatas molekul air. Dari hasil kajian saintifik beliau, telah dibuktikan oleh pakar air dari Jepun ini bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk.

Dengan kekuasaan Allah, susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air dan ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti kristal yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. mari kita sama-sama lihat ilustrasi molekul air tersebut...

Bentuk molekul apabila dibisikkan perkataan yang baik



Apabila dibacakan doa, molekul tersebut cantik



Apabila muzik symphony mozart dimainkan, ia menjadi seperti bunga



Inilah hasilnya apabila kita membisikkan suatu perkataan yang buruk



Molekul air menjadi hancur apabila didengarkan muzik heavy metal



Kajian dilanjutkan lagi dengan menggunakan air zam-zam. Bentuk dan rupanya kelihatan lebih cantik dan susunan yang menyerupai berlian yang bersegi-segi, bersinar-sinar serta mempunyai warna yang melebihi 12 warna apa bila dibacakan ayat Allah.. subhanallah




Jadi apa yang dapat saya simpulkan disini ialah tubuh badan kita hampir 90% terdiri daripada air dan cecair yang lain. Samalah seperti molekul-molekul air tersebut. Apabila dibacakan ayat Al-Quran, tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat lagi keji dan sebagainya, InsyaAllah saya percaya diri kita akan menjadi yang terbaik. Begitulah sebaliknya... fikir-fikirkanlah wahai pembaca-pembaca yang saya kasihi kerana Allah SWT dan diri saya sendiri... mungkin ada sedikit sebanyak penambahan daripada sahabat-sahabat, silakan...wallahualam
assalamualaikum

Mencari spirit yang hilang

Labels: , ,

Assalamualaikum..

saya ingin berkongsi sedikit movie yang agak menarik perhatian saya. movie ini mengisahkan hidup seorang pendakwah yang menyebarkan dakwah islamiyah di tanah Indonesia. Mari kita lihat bagaimana kehidupan seseorang yang meletakkan matlamat hidupnya hanyasanya kerana Allah SWT.

Hidupnya serdahana walaupun mempunyai jawatan yang agak tinggi dalam negara. Beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab mendidik isteri dan anak-anaknya . Sebelum Beliau pergi keluar rumah untuk menyebarkan dakwah dan mencari nafkah , beliau akan menyediakan setiap keperluan dan makanan untuk anak-anaknya dan isterinya. Inilah keindahan kehidupan seorang yang jelas matlamatnya. Amat bahagialah seorang isteri jika mempunyai suami seperti ini. Subhanallah.. Anda tidak mengidam-idamkan suami seperti ini? Tidak mengapa, simpanlah jawapan tersebut dan mohonlah kepada Allah, pencipta kita.

Bagi sahabat-sahabat pula, tidakkah ciri-ciri yang ada pada isteri beliau menjadi garis panduan untuk kita memilih teman kita? Bukan mengapa, bak kata seorang senior di sekolah dulu iaitu Abg Hilal, kita harus meletakkan ciri-ciri bakal pasangan hidup kita. Biarlah kita berangan-angan kerana kitalah yang menentukan masa depan kita. Dengan mempunyai perancangan dari awal, diri kita akan menjadi lebih teratur.

Semoga terhibur dengan triler yang saya paparkan. Untuk melihat lebih banyak mengenai movie ini, silalah ke you tube. =D. Tajuk cerita ini adalah sang murabbi