hidupnya kita
assalamualaikum warahmatullah...
bersyukur kita kehadrat illahi kerana diberi peluang untuk hidup di dunia yang fana ini dan dapat lagi kita bertemu dalam perbincangan kali ini..
Semestinya tidak lupa juga kita rafa'kan setinggi junjungan selawat kepada rasululah dan sahabat2nya kerana dengan pengorbanan nyawa,keringat dan masa mereka ,dapat lagi kita meni'mati nikmat iman dan nikmat islam.
kehidupan merupakan satu perkara yang penting bagi orang beriman.mereka menganggap kehidupan di dunia ini sebagai satu ladang untuk menuai hasil untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti.
ana teringat satu kata2 yang menyentuh jiwa ana yang berbunyi, "janganlah kamu meletakkan dunia itu di hati tetapi letaklah ia di tangan".
maksudnya disini ,dunia bukanlah segala-galanya tetapi dunia ini adalah sebagai satu alat bagi mencapai kemerdekaan yang hakiki di akhirat kelak.oleh itu,alangkah indahnya jika kita mengikuti jejak langkah generasi sebelum kita yang meletakkan Al-Quran sebagai dustur atau perlembagaan dan rasulullah sebagai qudwah yang utama. sesungguhnya hati kita memang memerlukan makanan yang murni umtuk mencari redha Allah yang esa.tanpa redhanya sapalah kita untuk merebut syurga yang tersangat indah dan dihiasi dengan pelbagai nikmat.marilah sahabat2 ku disana ,marilah sama2 kita merebut peluang yang Allah masih kurniakan kepada kita.tarbiyyah fiyadikum,fiyadikum faqat.Allah tidak akan merubah nasib seseorang itu melainkan dia yang berusaha untuk merubah dirinya sendiri.
sekian saja dari ana yang lemah tidak bermaya ini.ana minta maaf kalau ada tersilap bahasa atau apa2 yang tidak menyenangkan. yang benar itu datang dari Allah S.W.T ,yang kurang tu datang dari diri ana sendiri..wsallam
Friday, November 30, 2007 | 0 Comments
1001 kenangan
semakin hari semakin berlalu kenangan yang seribu.kini kian dekat tuk meniti di tahun baru..mungkin ada yang tidak akan ku temui tika itu kerana seperti biasa selepas tingkata 3 pasti ada yang berlalu pergi meninggalkan matri bumi wakafan.wahai sahabat2 ku bilakah kita boleh bertemu??
persoalan ini selalu bermain di kotak fikiran ku. segala kenangan dari tingkatan 1 telah ku tempatkan di hati.persahabatan ini pasti tidak akan berakhir begitu saja.apatah lagi persahabatan yang disatukan oleh iman kita.
mungkin sahabat mu disini pernah melukaimu. Andainya begitu, sepuluh jari ku tadah memohon kemaafan. marilah sama2 hayati video ini tuk mengimbau kembali kenangan lalu..
created by: tengku syakir
download the video
Monday, November 26, 2007 | 0 Comments
tidur!!!
Mestilah dibezakan antara tidur yang makruh, tidur yang memudharatkan dan tidur yang bermanafaat. Tidur yang makruh adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari kerana waktu ini adalah waktu "ghanimah". Setiap dari kita ada pengalaman dan tahu kelebihan yang dimiliki waktu ini.
Ia adalah pembuka dan permulaan siang. Permulaan turunnya rezeki dan barakah.Sepatutnya waktu ini dijaga dan kalau tidurpun, hendaklah kerana terpaksa bukannya selalu atau berterusan.
Tidur yang memudharatkan adalah tidur pada waktu asar. Semakin lama tidur diwaktu ini semakin kurang manafaatnya dan banyak mudaharatnya. Begitu juga tidur yang memudharatkan adalah tidur pada permulaan malam sebaik sahaja jatuhnya matahari sehingga isya’.
Tidur yang bermanafaat pula adalah tidur separuh pertama malam dan seperenam yang terakhir. Banyak tidur yang melebihi lapan jam memudharatkan jiwa dan juga fizikal sehingga menyebabkan kelalaian dan malas. Menghabiskan usia bukan di dalam mentaati Allah sedangkan risalah badan kita adalah khidmat untuk ketaqwaan di dalam hati kita. Kelalaian ini akhirnya membalikkan risalah hidup kita sehingga seluruh potensi ruh hanya menjadi khadim kepada badan dan tuntutan-tuntutan badan.
Sunday, November 25, 2007 | 0 Comments
ciri2 pelajar cemerlang
1- NIAT .
perkara paling terpenting dalam menuntut ilmu
allah...
antara niat terpaling penting ialah niatkan utk
sumbangkan kepada deenulislam, utk ummah..
kerana kalau kita melihat balik kepada
suasana..islam dan ummahnya terlalu lemah (seperti
buih dan makanan yang dihurung oleh mangsa)
maka menuntut ilmu menjadi wajib dan ia antara perkara
dhoruri...
2-jadikan akhlak islamiyah sebagai satu dasar kepada
menuntut ilmu....
krn akhlak juga adalah salah satu dasar dalam islam..
kalau dilihat semula,sistem pendidikan sekarang tidak
langsung menitik beratkan aspek akhlak didalam
pendidikan...hasilnya individu tak berkuality,rumah
tangga rosak,masyarakat porak peranda...
-sikap kita pada ilmu jugak amat penting...belajar
bukan kerana peperiksaan atau sijil...tapi utk
menguasai ilmu,fakta dan perlaksanaan yang
terpeting...
kerana ulama' dulu belajar adalah utk memberi
sumbangan kepada islam,dan islam anggap peperiksaan
hanya sebagai satu penilaian,
dan perlu diingat kita belajar bukanlah kerana sistem
yang menyembelih palajar kini.
3-pandai memilih kawan>>>ini antara benda paling teruk
bg pelajar kini>>>(ana pun satu jugak)
kita dilihat oleh masyarakat juga berdasarkan kawan
dan terdekat dengan kita.
4-perlu berada didalam zikrullah>>>(mengigati Allah)
perumpamaan zikrullah dgn org mukmin itu-sama
seperti perlunya ikan pada air.
sentiasa berlindung dgn allah drpd syaitan,sentiasa
merasa besarnya apa yang diharamkan oleh Allah dan
selalu moroqobah dgn Nya.(spt syair imam syafie).
dgn zikrullah hati akan segar dan tenang,badan pula
akan sihat.
5-perlu pandai memilih bacaan dan hiburan yang
merehatkan fikiran.
"hati yang bersih dari akal yang bersih"
6-kehidupan seharian perlu teratur (organize &
sistematik)..
ini kerana ia mampu melemahkan dan mententeramkan
fikiran dan pemandangan.(betul tak?)
7-pandai mengurus masa(jgn biarkan masa dipengaruhi
oleh keadaan)
teringat ana kat satu kata musthafa masyhur...
"islam tak redho umatnya menyerah kepada
keadaan(waqi')
sebab Allah mencipta waktu solah pun diwaktu yang
terbaik-contoh....
tapi bagi ana yang ni memang teruk...
pernah ana dgr satu kata2...tapi siapa ana dah
lupa...siapa..
"sudah cukup kalau Allah turunkan surah al-asr utk
umat s.a.w ini" ia menunjukkan lengkapnya surah tu
bertepatan dgn kehidupan manusia dengan MASA...
8-KEBERSIHAN- firstly kena ikut turutan...firstly
hati- dihias dgn iman ,taqwa ,ihsan,ikhlas ...
kedua akhlak -dihias dgn sifat2 mahmudah,malu,tawado'
'ulu himmah dll...
kemudian luaran...pun penting sangat utk pelajar
muslim kerana ia merujuk kepada syakhsiah ma'nawiyah
kita!!! betui tak?????
9-memberi perhatian kepada pembelajaran actually
diwaktu muda,perlu tumpu sehabis mungkin terutama utk
kuliah dan class2 deen dan diskusi...
Sunday, November 25, 2007 | 0 Comments
kerinduan
sahabat
kau nan tonggak kekuatanku
tika nafsu menghanyut ku
kau datang sebagai penyelamat
tika aku dalam kesedihan
kau pengubat dukaku
tika ku buntu dalam perjalanan
kau bak cahaya menerangi laluan
sahabat
kini terasa gersang diqalbu ku
pabila ketiadaanmu
terasa pilu ditambah rindu
tuk menatap wajahmu
serta mendakap jasadmu
sahabat
terkenang kisah dahulu
kali pertama bertemu
iman sebagai penyatu
saat kita gembira
saat gelak ketawa
saat duka lara
kini bermain dalam fikiran ku
sahabat
walau jasad berjauhan
hati masih terpaut
inilah yang dibina atas keimanan
memerlukan keikhlasan dan ketulusan
sahabatku....
ingin aku pohon maafmu
andai pernah ku melukai mu
ku takut kita tidak bertemu
maafkan lah daku
wahai sahabatku
moga Allah merestuimu
dlm k.api
17/11/07
02:41 a.m
Friday, November 23, 2007 | 0 Comments
