muhasabah diri
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku
Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi
Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu
Tuesday, June 17, 2008 | 0 Comments
Doa seorang sahabat
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
Terangilah hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya,
dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik,
hajat dalam agama,
dunia dan akhirat.
Ya Allah
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya padaMu.
Jika dia merindui,
rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu,
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak.
AMIN
-dari seorang sahabat yang mengasihimu -
Monday, June 02, 2008 | 0 Comments
Hinanya daku
Ya Allah
Aku akui betapa lemahnya diriku ini..
Diriku selalu saja nafsu membelenggu
Apakan daya yang ada dalam diri ini
Imanku selalu dipinggirkan
Nafsu seringkali menerjah diriku
Mengajak ku ke arah kemurkaanmu
Diri ini selalu tewas dengannya..
Ya Allah..
Adakah diriku ini dapat memenangi hatimu
Adakah aku memperoleh syurga mu..
Ku takut dihumban ke neraka mu
Betapa hinanya daku
Untuk merdeka masuk kesyurgamu
Ya Allah
Terasa kosong jiwaku
Seperti ada sirna di hati ini
Betapa kejinya diri ini
Tidak mengendahkan apa yang kau kehendaki
Seringkali ku alpa dan leka
Dengan dunia fana yang kau kurnia
Ya Allah
Ingin saja daku berdamping denganmu
Tapi syaitan selalu mengambil hatiku
Betapa lemahnya iman ku
Semakin jauh dari makanannya
Semakin lemah dibuai hasutan dia
Ya Allah
Adakah kau mendengar isi hatiku
Terasa kehilangan suatu yang bernilai…
Aku telah jauh dari jalanmu
Masih dapatkah aku memenangi dirimu lagi
Ya Allah
Mataku merintih bijian jernih
Memohon keampunanmu
Tapi aku sangsi akan diriku
Adakah engkau akan menerima taubat mu
Aku telah membuatkan Mu murka…
Terimalah taubatku
Terimalah Ya Allah
Hanya engkau yang maha mengasih dan penyayang
Ampunilah daku……
Thursday, May 29, 2008 | 0 Comments
Kisah Biskut
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang perempuan tua disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil perempuan tua itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah perempuan tua itu.
"Alangkah tak malunya perempuan tua ni..... dah la tak mintak dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!! " rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, perempuan tua itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari perempuan tua itu. Sambil tersenyum perempuan tua itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi perempuan tua itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya. "Berani sungguh perempuan tua ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah. Kedua-dua wanita dan perempuan tua itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka. "Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya.
Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan perempuan tua itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap perempuan tua itu. Perempuan tua itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.
Wednesday, May 28, 2008 | 0 Comments
Isteri Mithali
Peribadi Isteri Solehah
Taat dan Berbakti Kepada Suaminya
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
"Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia
maka dia
menggembirakan,
bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia
menjaga hartamu
dan menjaga pula kehormatan dirinya."
Wanita Islm yang bijaksana sentiasa mahu mencari
keredhaan Allah
dengan taat kepada suaminya dalam perkara yang bukan
maksiat, berbakti
untuk suaminya dan sentiasa berusaha untuk
menggembirakan suaminya.
DIa akan redha dengan kesusahan atau kesempitan
hidupnya, sebagaimana
yang telah dicatatkan dalam sejarah Islm unggulnya
peribadi Fatimah
r.ha.
Wanita Islm yang benar, rela berkhidmat di rumah untuk
suaminya
dan dia tahu hak suami ke atasnya. Sesungguhnya ia
adalah hak yang
amat besar sebagaimana sabda Rasulullah saw.:
"Kalaulah aku mahu memerintahkan seseorg sujud kepada
seseorang
yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud
kepada suaminya."
(Hadith Hassan Sahih riwayat Tarmidzi)
Ketaatan adalah satu penyebab bagi wanita ke syurga
sebagaimana sabda
Rasulullah saw:
"Apabila wanita itu telah melakukan solat lima waktu,
puasa pada
bulannya, taat kepada suaminya, menjaga kemaluannya,
akan dikatakan
kepada dia: Masuklah kamu ke dalam syurga daripada
mana-mana pintu
yang kamu sukai." (Riwayat Ibn Majah)
Disamping itu, Islm juga mengancam dengan dosa,
kemurkaan dan laknat
kepada wanita yang berpaling daripada peringatan ini:
"Apabila seseorang lelaki memanggil isterinya
kekatilnya tetapi
dia enggan mendatanginya, lalu suaminya tidur dalam
keadaan marah
kepadanya nescaya malaikat akan melaknatnya sehingga
waktu subuh
(pagi)."
(Sahih Muslim)
Keperibadian Isteri Yang Solehah
- Taat dan Berbakti Kepada Suaminya
- Berbakti Kepada Ibu Mertuanya dan Memuliakan
Keluarganya
- Mesra dengan Suami dan Sentiasa Berusaha Mencari
Keredhaannya
- Tidak Memecahkan Rahsianya
- Berdiri disisinya dan Berkongsi Pandangan Dengannya.
- Membantu Suami Mentaati ALlah
- Menguasai Jiwa Suaminya
- Berhias Untuk Suami
- Menemui Suami didalam kegembiraan dan Bersyukur
- Berkongsi Kesedihan dan Kegembiraan Suami
- Menundukkan Pandangan Selain Untuk Suami
- Tidak Menceritakan Keadaan Wanita Lain Kepada Suami.
- Mewujudkan Ketenangan, Kerehatan dan Kedamaian Dalam
Rumahtangga
- Bertoleransi dan Memaafkan
- Keperibadian Yang Kuat dan Bijaksana
=================================================
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu
isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu
cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa
kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." [Surah Ar-Rum
30:21]
Thursday, March 13, 2008 | 0 Comments
