Penatnya...

Labels: , , ,

Assalamualaikum...
Alhamdulillah akhirnya terupdate juga blog ni. hurmm.. hari ini agak penat sebab banyak perkara yang dilakukan. Hari ini ada 2 kelas tusyen. pagi tadi start pukul 9 hingga pukil 12 untuk tusyen Chemistry. Satu lagi pukul 2 hingga 5 petang untuk Addmath. sebaik sahaja saya menamatkan sesi kelas tusyen yang pertama, saya bergegas pergi ke masjid yang terdekat ( tak ada pon masjid yang dekat situ) dengan menaiki ven sewa yang mengenakan charge sebanyak RM1. hehe.. Alhamdulillah penyampaian dan pengisian yang diberi oleh khatib agak meransang minda para pendengar dengan caranya yang spontan dan tegas.Tajuk yang diberikan ialah mengenai anak-anak remaja pada masa kini. Alhamdulillah sebagai peringatan kepada diri saya yang lemah ini.

Banyak perkara yang Khatib itu sentuh tentang remaja kerana remaja dinihari semakin lama semakin terpengaruh dengan budaya- budaya yang dibawa oleh barat atau juga lebih dikenali budaya kuning. Remaja sekarang terlalu banyak leka dengan dunia hingga lupa akan Allah yang esa. Sabda Rasulullah SWT , " sesiapa yang tidak mengikut sunnahku, maka dia bukan dari kalangan ummatku" auqomaqol Rasulullah SWT.

Ingatlah wahai pembaca-pembaca yang dikasihi dan tidak lupa juga kepada diri ini, syafaat Rasulullah adalah sangat penting bagi diri kita ini untuk kita mencapai kemerdekaan yang hakiki di akhirat kelak iaitu dengan memasuki syurga Allah. Tanpa syafaat Rasulullah mana mungkin kita mendapat balasan yang sangat baik di sana nanti.

Tidak lupa juga bahawa orang yahudi dan nasrani ini tidak akan pernah ridha dengan kita selagi mana kita tidak mengikuti jejak langkah mereka. Berhati-hatilah wahai sahabat sekalian kerana di mana-mana sahaja terdapat racun yang dibuat dan dipasang oleh mereka untuk menjerat kita agar terjerumus dalam kancah kemaksiatan dan kerosakan. Mereka akan berusaha sedaya- upaya untuk menarik kita agar islam tidak lagi tertegak dalam diri kita. Sekiranya tiada lagi islam dalam diri manusia, maka binasalah seluruhnya. Wahai sidang pembaca yang saya sayangi kerana Allah, janganlah biarkan dirimu terlanjur untuk terpesong dari jalan menuju syurga Allah iaitu jalan untuk mendapat keridhaannya. Allah pernah berfirman, " Islam itu tinggi dan tidak ada lagi yang lebih tinggi daripadanya". Itulah antara isi-isi khutbah yang saya dapat dari Solah jumaat pada hari ini. Mungkin ada kekurangan atau terlebih , harap dimaafkan.

Sejurus selepas selesai berdoa di masjid itu, saya mengambil ven ke tempat tusyen semula kerana kelas matematik tambahan akan bermula pada pukul 2 petang. Masih ada 30 minit lagi sebelum kelas bermula. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengisi perut yang sudah lapar. tidak ada kedai yang terdekat untuk saya nikmati makanan halal. Yang ada hanyalah KFC. Jadi saya pun bergegas ke sana dan mengambil sekadar yang mampu.



kelas pun bermula pada pukul 2.05 petang. pelajar yang mengambil mata pelajaran matematik tambahan ini tidak lah begitu ramai . Lebih kurang 7 orang termasuk saya. Hanya saya seorang sahaja yang melayu dan islam yang lain semua cina dan bidayuh atau iban. saya pun tidak taaruf (berkenalan) dengan lebih mendalam tetapi saya hanya mengenali seorang sahaja. Kami berdua mempunya minat yang sama. hehe.. apa lagi, bersoal jawab laa.. hehe..



Saya tamat tusyen dan tiba di rumah lebih kurang dalam pukul 5.45 pm. Memandangkan keadaan persekitaran baru sahaja berhenti hujan, saya pun ambik la kesempatan untuk melihat ciptaan Allah dengan mengambil gambar.. hehe





Petang tadi tiba- tiba internet tak boleh connect. saya pun mengambil kesempatan mempraktikkan kemahiran photoshop yang ada dengan membuat sedikit design baju untuk malakat92. Mungkin terdapat kelemahan-kelemahan yang saya terlepas pandang. Harap dapat memberi teguran. Ini sedikit design yang saya sempat buat.. komen lah

First


Second


Third



Massage terakhir yang saya dapat pada malam ni dari celcom blue untuk sama-sama kita kongsi..
Rasulullah SAW bersabda: perkara yang pertama sekali akan diadili dari kalangan manusia pada hari kiamat kelak ialah perkara yang berkaitan dengan darah.
jadi itu saja yang saya dapat kongsi kali ini. Ampun dan maaf kalau ada salah silap..
assalamualaikum

7 comments:
gravatar
Qubezo said...
November 29, 2008 at 2:46 AM  

Assalamualaikum, akhi Pengiran.
Haha sorry la tak selalu comment walaupun ada juga aku baca posts2 kalau ada kelapangan insya-Allah.

Rasanya, khutbah kita berlainan. Taktau la kalau lepas PR dah amik alih Selangor ada pengubahsuian dengan input2 teks khutbah.

Tetapi yang saya sedar ialah pada bacaan doa. Adanya penambahan memohon kepada Allah untuk menjadikan negeri Selangor negeri berkebajikan. Amin.

Hari ni konteks khutbah agak berlainan dengan di Sarawak, tetapi mesej yang perdana masih dikekalkan yakni mencari ketakwaan Allah.

Hari ni khutbah bettajuk pemakanan makanan yang halal. Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk meletakkan post "From Pork to Islam" dalam blog saya.

Tak sangka Pengiran pun busy dengan tuition. Owh, tak kenal dengan orang situ? 7 orang? Best la, dapat pemahaman yang lebih. Sekarang revision or buat form 5?

Dekat Klang ni, kebanyakan tuition bersaing, tetapi Delta yang paling dominan rasanya sebab tuition ni ada 3 cawangan. Lagipun tuition ni memang selalu start awal, kitorang dah start pelajaran form 5 hampir semua pelajaran.

Plus cikgu dia semua full timer sini. Kebanyakan ex sekolah biasa tapi berhenti dan kerja di sini sepenuh masa. So banyak la kelas jawabnya :D

Post kali ni bermakna sekali. Cuma saya tak faham part akhir, part Nabi bersabda. Darah tu maksudnya apa? Tu je, do visit my blog :)

Sekian.

gravatar
pengiran92 said...
November 29, 2008 at 7:33 AM  

Alhamdulillah.. panjang lebar jgk akhi naqib kita ni komen.Jazakallah...hehe
tusyen saya hnyalah revisoin semata. sudah banyak tempat tusyen terdekat saya survey ttp tidak ada yang memberikan perkhidmatan hampir setiap hari dan untuk subjek form 5. December nii kebanyakannya kelas tusyen berhenti buat sementara kerana semua guru2 disitu hendak bercuti...

saya tgk khutbah kat masjid ini berlainan sedikit kerana ia menyediakan teks sendiri. mungkin hanya point sahaja yang ditulis dan selainnya hanyalah secara spontan sebab saya memerhati cara pembacaan dan pemberian khutbah tersebut agak berlainan dari yang selalu saya pergi.
hurmm.. yang terakhir itu , Rasulullah bersabda perkara yang pertama sekali yang akan diadili di akhirat kelak is perkaitan dengan darah. saya pun kurang paham sebenarnya. msg tersebut telah dihantar oleh celcom blue cube memandangkan saya menggunakan perkhidmatan mereka. mungkin ada sahabat2 lain boleh tolong terangkan apakah yang dimaksudkan dengan hadis tersebut...

gravatar
zida said...
November 29, 2008 at 12:40 PM  

naqib promote delta ke?
hehe

gravatar
Qubezo said...
November 29, 2008 at 1:17 PM  

@Pengiran
Haha afwan. Tengah bosan malam tadi. Lepas tengok Yusuf Estes rasa cam bosan pulak. Tu yang leh comment panjang lebar.

Owh, tapi sempat ke tuition tu habiskan syllabus? Siap boleh buat revision :D

Fuh, hebat betul kalau bagi spontan. Dekat Selangor ni agak susah. Dulu penguatkuasan memang kuat dalam khutbah ni. Sampai disediakan teks ;))

Teringin juga nak tengok Imam beri khutbah secara spontant. Takde la rasa macam "terikat" sangat dengan satu fakta.

Owh, hadith tu? Saya pun tak tau. Ni first time dengar hadith tu.

@Zida
Aku tak promote la. Ni hakikat. Haha!

gravatar
pengiran92 said...
November 29, 2008 at 10:29 PM  

@naqib..
tusyen tu hanyalah revision sahaja. skang nak sentuh skit2 bab2 f5. sentuh secara kasar je.. heheh

owh.. sy slalu jgk tgk org kc khutbah secara spontan. setiap masjid kat sarawak pon ada disediakan teks tp entah kat masjid tu dy spontan plak... tp ok lah .. heheh..

gravatar
Alia said...
November 30, 2008 at 8:11 PM  

salam,
err.. sila periksa ayat yang terakhir. Rasulullah SWT? bukankah seharusnya SAW? =)

gravatar
pengiran92 said...
November 30, 2008 at 8:41 PM  

@ops.. maaf x perasan.. jazakillah alia.. mudah2 Allah merahmati.. saya akan perbetulkan..

Post a Comment